.::sUpEr BuSy::.

Today I’m really super busy..I have many work to do.
Tiada senyum di wajah..letihnya..hahaha monday blues.
Lunch hour ros hanya minum air dan makan biskut di pantry…
dan duduk di surau menunggu solat zohur…
tertido ros seketika..
..mengapa ros hari ni.

Kenapa ya, di mana ros berkerja orang yang pertama yang menjadi kawan ros ialah tealady. Mungkin ros ringan mulut sebab tu mereka rapat dengan ros..
kakak tealady di sini ros masih tak tahu nama dia..
tapi ros panggil dia KAKAK.

“Kak buat kan ros air teh tarik satu boleh”…pagi-pagi lagi ros dah order kat dia hehe..sedaplah teh tarik dia macam kat kedai mamak.
Kakak tealady tu akan hantar air tu ke tempat ros,
siap dengan biskut lagi. ..baik tak kakak tu..

Entah mengapa petang tadi dia mengadu kepada ros tentang
bertapa penatnya dia kerja kat sini.,bla..bla..bla..
kakak nak berhenti kerjalah katanya...ha berhenti. Lepas tu cerita
orang ni kan..orang tu kan..…dan bermacam-macam masalah.
Ros ..oooo.. kan aje lah ,lagi pun ros bukan staff KPOC,
mana ros kenal semua staff kat sini.
waktu kakak tu cerita, fikiran ros berada di tempat lain..nun jauh,
boleh gitu …ros asyik kata..apa kak! apa kak…
tension tak orang…!!! ;)
Apa yang sedang ros fikirkan..….emmhh ros fikirkan seseorang…

Adakah dia sihat ?..!!!!!

wallahu'alam bissawaf
wassalam..

.::wORk.::



Jumaat yang lepas ros menerima kujungan dua tetamu dari Ranhill Worley.
Seronok sangat hari tu, terima kasih Lim Kha Loon dan Ismail di atas kesudian
kalian mengziarahi ros di sini. Lim terima nasi kukus yang U bawa untuk ros,
sememangnya rindu sangat dengan nasi kukus kat food court di Empire Tower.
Kami makan nasi kukus di Pantry di tingkat 52....sempat posing ambil gambar
berlatar belakang bandar Kuala Lumpur..
hehehe lawak lah.


nampak sedapkan nasi kukus ni

Dalam pukul 2.30 Lim minta diri nak balik dan tempat Lim
di ganti oleh Ismail...selepas solat Jumaat..kelakarkan sorang-sorang ros bawak naik atas. Yang bestnya Mae ni buat selamba jer kat KPOC ni,macam office kat Ranhill.


Dua minggu lagi Mae dan Lim akan meninggalkan Rahnill Worley.
Mungkin waktu celebrate party untuk mereka ,rostidak dapat meraikan...kesian kat ros kan. Dah tak orang yang ros nak sakat nanti....Dan ros masih ingat lagi kata-kata Lim dan Mae....Kalau ada student UTP buat practical kat Ranhill mereka nak pesan 'jangan lupa cari orang yang bernama 'Rusniah Mohamad Rusli'...tak tahu lah apa yang nanti mereka kata ya, mbe kutuk ros kot. ...


Whatever U all are still in my hearts ......
Norhana, Siti Norfairuz,Adli, abdul Rahim (sudan)(dah kerja pun), zaharah,Norhaslinda,Fariza (still study final year),
Lim Kha Loon and Ismail
ingat pesanan kak ros,

"Usaha yang luar biasa akan menghasilkan kejayaan yg luar biasa"..

macam bagus jer ayat tu kan...


Ok next topic...,

Hari sabtu ros dan hubby bawak anak-anak pergi TESCO beli barangan dapur
dan keperluan anak-anak..bayangkan kami boleh habis wang sebanyak RM350
untuk barang dapur itu baru saja makanan kering, pakaian dan kasut
untuk faiz dan fauzan sebanyak RM150 dan safety shoes black hammer
with my hubby around RM250....

totally habis wang pada hari tu dalam RM1000.00 dalam masa satu hari..
belum termasuk makan kat luar lagi..emmhh..
sejak harga beras dan minyak petrol naik melambung tinggi ni..semua barang-barang keperluan asas naik mendadak.
kos sara hidup sekarang tinggi bukan...
my hubby ask to me,
we need change our life style ros,....aiyoo like that ah,
I'm only smile.... malaslah nak fikir!

wassalam


.::tAg::.

I miss my blog…and...really luv my blog.
Actually this is the place where I can express myself…
in whatever language I want...
BM,BI or Arabic…
so yeah....it is like my dairy..

I was actually writing about something
that I'm angry about
I wrote half already
then I pause for a moment
I immediately laugh
I immediately smile
I immediately feeling great
no joke
I am smiling and laughing right now
such an amazing power they have over me
they can turn my frown upside down
immediately
true story..

last word ....,
Sandarkanlah setiap kejayaan dgn berkat pertolongan Allah dan RasulNya....
Tanpanya siapalah kita????

Sollu 'alaih!

wassalam

.::wIsH::.

Bersyukur dgn apa yg ada, jujur dgn apa yg dirasa ...

"People will forget what you said,
people will forget what you did,
but people will never forget how you made them feel..."

Live needs sacrifice,
Sacrifice needs fight,
Fight needs courage,
Courage needs confidence,
Confidence determine success,
Success lead us to happiness...
I'm right!

Wallahu'alam

.::tHiNk::.

Think?

I supposed nothing can i said...

Ya Allah,

Forgive me for what i have sinned
I so lost in this world,

Show me the way home..
I want to go back...
Am i winning this battle of faith?
for I have hope...

Uncertainty...
Is sickening me...
Everyday I have to make a choice.
The choice that lead to another choice and it's keep cycle all the time.
Every passing moment is so intense it felt like you are standing in the middle
of highway and every lane is a fast lane. I want to be normal... but i can't...
Define "normal"? I have to pretend that everything is ok but it wasn't.
I can't believe this but I have to experience it anyway.

Allah,
give me power beyond my imagination.
Let me free from depression that I have.
To feel that I'm worthy to live my dream and to live this very life.
Vanish my uncertainty. Lend me back my wings...
so I can fly...
Soaring to the sky.

wassalam...

.::wOrK::.

Puasa...ya hari ni ros puasa sunat khamis. Hari isnin yang lepas pun ros puasa. Lagi pun lagi beberapa bulan kita akan berpuasa. Rasanya agak lama ros tidak puasa sunat isnin dan
khamis. Alhamdulillah akhirnya dapat juga ros laksanakan walaupun menghadapi sakit kepala berterusan.

Ros agak sibuk pada hari ini ...ya, amat sibuk menyiap kerja semalam yang ros rasa amat merumitkan ..Letih sungguh bila asyik mengadap komputer seharian tapi bila fikirkan itu adalah kerja kita maka kita seharusnya melaksana kan tanggungjawab kita sebagai perkerja dengan keikhlasan..
ya keikhlasan...

Entah mengapa ros teringat pesanan arwah ibu. Ibu kata, Adik jikalau buat sesuatu perkerjaan tu biarlah dengan penuh keikhlasan nanti rezeki yang kita di berkati oleh allah. Ros bertanya kepada ibu bagaimana agar kita boleh ikhlas? Ibu kata caranya mudah dan tidak perlu mengeluarkan belanja. Adik tumpukan fikiran dan amalan hanya untuk Allah. Berfikir bagaimana agar amal kita di terima Allah. Usah mengharap balasan daripada jasa, pujian atau keuntungan. lakukan yang terbaik, sampaikan dengan cara yang terbaik, berikan terbaik dengan hati yang terbaik...=)

Syukran Jazilan..Jasamu Dikenang IBU...



wassalam

.::mY hEaRt::.

MENYINTAI TIDAK BERMAKNA MEMILIKI

Janganlah kau angkuh melaungkan...
Si dia kepunyaanmu...
Atau kau kepunyaan si dia ...

Kerana hakikatnya...
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan...
Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan...
Menyintai tidak semestinya memiliki?...

Manusia pandai berpura...
Berlakon di pentas dunia...
Dan bertopeng menutup rahsia..
Tetapi hati...
Tidak pernah berdusta pada empunya...
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...

Tidakkah kau sedar...
Mungkin si dia melafazkan...
Ungkapan cinta padamu...
Tetapi hati dan perasaannya...

Tidak pernah berniat begitu...
Dia hanya berselindung...
Di sebalik sejuta alasan...

Dan kau...
Begitu jujur dan setia menyintainya..
Sehingga terlupa..
Hukum alam menyatakan..
Menyintai tidak bermakna memiliki..

Sesungguhnya...
"Aku tidak pernah memiliki dirimu..."
"Dan kau jua tidak memiliki diriku."

Mengertilah...
Kita sebenarnya kepunyaan..
Yang Maha Esa...
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...
Kecuali Dia...
Dia mengasihi hambaNya...
Dia memiliki hambaNya...
Dan ke pangkuan
Dia kita akan dikembali......

wassalam

.::mY hEaRt::.

Andainya aku boleh menarik segala janji..
Aku ingin sekali menariknya semula,
kerana aku mula sedar,
Aku tak layak menjanjikan apa-apa..

Andainya aku boleh memadamkan ingatan semua orang terhadapku..
Aku ingin sekali memadamnya
kerana aku mula sedar
yang aku hanya dunia yang membiak di hati mereka,,

Andai aku boleh mengundur waktu…
Aku tak mahu menyayangi sesiapa..
Kerna aku mula sedar apabila terlalu menyayangi seseorang,
Aku yang memikirkan dirinya…..

~aNTARA iLUSI eMOSI~

wassalam

.::wOrK::.

Banyaknya kerja hari ni....tak sedar dah waktu lunch. Tak tahu nak makan apa
tapi ros kena keluar dari office ni..bosan ler. Ingat nak jalan-jalan window shopping
kat bawah ..tempah maut ni...bahaya sungguh kerja kat bawah ada shopping mall.
Ros cuma masuk kedai jam tangan, tengok jer...
lepas tu ros bungkus KFC makan kat atas...view cantik..
rugi kalau tak tengok. Kalau makan kat bawah tak ada yang menarik pun.

Sebenarnya masih kenyang lagi..makan nasi lemak dengan ina kat Ranhill.
Dah dua hari ros parking kereta kat Ranhill..yelah pas bulanan tu sayang kalau tak guna. Lepas sarapan dengan ina ros naik Train pergi KLCC....satu station..RM1.00.
Hari isnin ari tu ros ada suruh secretary Pipeline beritahu kepada HOD yang ros
perlu kan Laptop company. Ingat waktu lunch ros nak pergi ambik kat
Ranhill tapi memandangkan ros amat keletihan dan sakit kepala kerana puasa,
ros postpone pada hari esok.
Lagi pun pada hari tu ros ada MY SWEETIE...I will go every where with you.
Sekarang MY SWEETIE tak perlu lagi ros bawa ke hulu ke hilir...
sentiasa berada di atas katil di bilik ros. Biar lah dia berehat buat sementara waktu...
dan kini ros akan menggunakan laptop office dan juga desktop....
aiyooo banyak terror lah ini orang dua computer atas meja......:p

Desktop untuk kerja dan laptop untuk Internet....LAYAN...

Mungkin kerana terlalu sibuk ros tidak sedar jam sudah menunjukkan pukul 5 petang.
Ros perlu print semua kerja-kerja hari ini untuk diberi kepada Mr.Philips.
Dan esok ros perlu siap separuh lagi kerja....boleh bayangkan bertapa kalutnya
ros hari ini dengan kerja-kerja yang bertimbun di atas meja..
Eeemmhh.. baru nak masuk 2 minggu belum 3 bulan. Tapi tak pa, ros lebih suka ada
kerja dari membazirkan waktu dengan mengelamun..nak membaca alahai..mata ros sakit
sbb lampu di sini kurang terang jadi mata ros agak merah dan pedih.Nampak
gayanya tak lama lagi ros kenalah pakai cermin mata semula.

Mungkin dalam minggu ni ros agak sibuk sedikit tapi masih dalam keadaan terkawal..,
belum ke tahap tension.

Selamat berjaya ros...U can do it!!

.::bUmI aSih::.

Bumi Asih, I like this hotel, because it's simple but clean and nice. I love the atmosphere and the people over there and you don't have to worry about your budget,
it's simply CHEAP. Next to cafes and factory outlets..


"Must be smiling when make a trip to Bandung"




more photo....


Dah larut malam tapi mata ros masih segar lagi. Mengapa ros tak boleh tidor ni. Mengapa ya?
Sejak kebelakangan ni ros sering teringat dan terbayang seorang kawan yang berada
di Miri, Sarawak. Dah lama ros tak dengar khabar dari dia. Kali terakhir ros jumpa dia,
waktu dia datang ke Ranhill untuk menyerahkan tugasan kerja kepada rakan sekerjanya.
Katanya pada ros, dia tidak lagi berada dalam Team Kumang....
dia minta maaf dan halal kan makan minum..itulah kata-kata terakhir dari dia...
waktu tu memang ros sedih dan kecewa kenapa dia kata begitu kepada ros...
tapi apa salah ros....hingga kini ros sering tertanya.Semuga dia kembali ke darat dengan selamat..dan dapat berjumpa dengan ros secepat mungkin.

Apa, mengapa, kenapa....

Apa yang boleh ros katakan ..ros kawan dengan semua orang dengan penuh keikhlasan
tiada perasaan benci, marah ,dendam..dll. Terimalah ros seadanya ros.

Mengapa sekarang ni ramai sangat yang minta maaf kepada ros..bukan seorang..
malah lebih dari dua orang. Ros jadi binggung sebenarnya,
Mengapa ni...ros teruk sangat ker. Apa yang buat mereka kecil hati dengan ros.
Mungkin ros buat kesilapan tanpa ros sedar...maafkan ros!!! ros bukannya sempurna
tetapi ros anggap semua kawan-kawan ros SEMPURNA...sbb tu ros masuk kan lagu sempurna dalam blog ros...untuk semua orang-orang yang ros kenal atau tidak.

Hari ni ros terasa amat sedih apabila menerima berita kematian seorang adik..saudara baru.

AMPANG-Iman lebih pendiam sebelum tragedi
TAMAN TASIK TAMBAHAN – Cheong Chung Fat atau nama Islamnya Ahmad Nor Iman Cheong, 21, yang maut digilis treler ketika dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Ampang Point dikatakan menjadi pendiam di samping jarang berkunjung ke kediaman keluarga angkatnya sebulan sebelum kemalangan ngeri itu berlaku semalam.
(from Sinar harian paper)

Ros tidaklah rapat dengan Iman, cuma dengar cerita dari hubby,ayah,jiran-jiran
mengenai Iman yang dia selalu ke surau. Dia saudara baru dan masih muda lagi baru
21 tahun. Dia tinggal bersama nenek (orang cina) dan abang kembar.Rumah Iman tak lah jauh sangat dengan rumah ros..beza lorong saje. Ros sempat berbual dengan Iman 8 bulan yang lalu, sewaktu terserempak dengannya di RejectShop. Dia berkerja sementara
kerana menunggu keputusan STPM. Yang ros respect pada Iman ni dia selalu ke surau
dan dengar ceramah agama. Katanya pada ros,Dia sangat sayang kan ISLAM.
Sewaktu di kebumikan muka Iman berbeza dengan wajah sebenar....kata jiran sekeliling.
Iman terlalu baik bagi ros, sifatnya yang begitu manja,
rajin dan peramah amat disenangi oleh semua orang.

Kata Bapa Iman Cheong See Heng, Iman anak yang paling baik daripada 5 orang anaknya jika tidak tak kan lah begitu ramai yang datang sewaktu kebumian Arwah Iman.Ramai yang begitu sayangkan anak saya, saya sungguh terharu, kata terakhir dari ayah Iman.

Tak salahkan memuji Iman, seorang remaja cina menukar agama dalam usia yang sangat muda...Ros doakan agar roh Iman di tempatkan dengan orang-orang yang beriman dan soleh...AL-FATIHAH....untuk Iman.

Pada hari Selasa, 3 Jun 2008, Ros bersama keluarga berangkat
ke Jakarta dan Bandung,Indonesia.
Ros berada di Jakarta selama 3 hari dan di kota Bandung yang dingin dan
indah itu selama 3 hari – untuk bercuti dan melancong, sambil membeli belah.

Memanglah Bandung terkenal sebagai pusat budaya Sunda.
Kini ibukota Jawa Barat itu bukan sahaja terkenal sebagai pusat pengajian tinggi
(ITB, UNPAD dan sebagainya), pusat tekstil dan busana, pusat pelancongan,
pusat industri musik dan hiburan, dan – sejak beberapa tahun terakhir ini – sebagai pusat membeli belah yang unggul.

Dulunya jalan yang menjadi pusat beli-belah yang terutama di Bandung
ialah Jalan Cihampelas (busana dan pakaian) dan Jalan Cibaduyut
(kasut dan barangan dari kulit). Namun kini hampir seluruh kota Bandung dan
sekitarnya sudah berubah wajah menjadi pusat beli-belah – dengan terdirinya beberapa
mall dan shopping center yang baru, canggih lagi moden.
Tujuan ros pada mulanya memanglah untuk melancong dan membeli belah.
Tetapi setelah tiga hari di sana ros perlu mengakui bahawa kami lebih “tergoda” oleh kegiatan yang lebih decadence, yakni membeli belah.

Barangan busana, aksesori dan perhiasan diri yang terjual di Bandung ini amat
tinggi mutunya – kerana di sekitar Bandung terletak banyak kilang-kilang yang membuat barang-barang itu untuk pereka dan pencipta asalnya di Paris, Milan, London,
New York, dan sebagainya.

Oleh yang demikian, pusat-pusat beli belah di Bandung itu pada asasnya
merupakan “outlet” bagi barang-barang berjenama (bukan tiruan tetapi terlebih
dihasilkan atau tidak lulus pemeriksaan kualiti) yang terkini – sedangkan harganya mungkin berpuluh kali lebih murah daripada di London, Paris, New York atau malah
di Singapura maupun Hong Kong.

Seperkara lagi yang sangat menyenangkan ros di kota Bandung ialah makanannya.
Di kota ini terdapat banyak jenis restoran – dari restoran yang menghidangkan
makanan Indonesia, Sunda dan antarabangsa hinggalah kepada “outlet” makanan segera
dan berjenama antarabangsa yang terletak di pusat-pusat beli belah..

Ros memang sempat juga berkunjung ke beberapa tarikan pelancongan seperti
melihat kota kecil Lembang, gunung berapi Tangkuban Perahu, dan sebagainya –
tetapi sayang sekali kami tak punya banyak masa untuk itu semua – kerana pusat
beli-belah yang tak sempat dikunjungi terlalu banyak!

Ros kembali ke Kuala Lumpur pada 8 Jun 2008, dengan beg-beg besar
(sewaktu perginya kosong) yang penuh berisi pakaian-pakaian fesyen terbaru dan
makanan yang enak-enak. Sekali sekala kehidupan decadence seperti itu rasanya ada
baiknya sebagai imbangan terhadap kehidupan yang penuh pancaroba ini.

Tempat-tempat menarik yang WAJIB pergi jika ke Bandong.....:p

Gedung Sate

Tangkuban Perahu



Tangkuban Perahu


Cihampelas Walk


Cihampelas Jeans Fashion stree


Gedung Heritage



Gedung Rumah Mode

Gedung Heritage dan rumah mode adalah tempat pakaian branded yang di jual dengan harga yang murah..seluar jeans CK,HUGO,BOSS boleh dapat dalam harga rp160 dalam RM60.00. Bayangkan kalau di Malaysia harga seluar jeans tu dalam ratusan.

Makanan yang di jual di bandong tapi kan ros suka kek brownies di sini...SEDAP.

Shopping Mall di Jakarta

Bandar Jakarta.

PUNCAK



Puncak adalah nama sebuah kawasan pegunungan yang termasuk ke dalam wilayah Tabulate Bogor dan Tabulate Cianjur. Daerah ini dikenal sebagai tempat peristirahatan penduduk kota Jakarta dan sebagai daerah perkebunan teh yang dibangun oleh pemerintah kolonial Belanda. Keindahan daerah ini memukau Presiden Soekarno, sehingga ia membangun sebuah restoran untuk menikmati keindahan alam Puncak, yang kemudian diberi nama Restoran Riung Gunung. Selain itu, terdapat juga tempat-tempat rekreasi dan agrowisata yang indah, antara lain Gunung Mas dan Gantole.


Di sini terdapat banyak pokok teh tapi tak ada pulak orang jual teh...mengapa ya...katanya kerja-kerja proses di hantar ke daerah lain.

Ros teruja apabila melihat keindahan permandangan di atas PUNCAK..

Sepanjang perjalanan menuju ke kawasan tertinggi puncak permandangan sungguh cantik...damai saje di sini dengan cuaca yang sejuk seperti Genting Highland. Di sini udara nya amat nyaman sekali....fresh....

kami makan tenghari di sini...nasi padang lagi...oleh kerana kelaparan lupa nak ambil gambar. Di sini terdapat factory Outlet dan ros sempat lagi ber'Shopping' untuk oleh-oleh untuk anak kakak dan adik.
Kami betolak dari bandong pada pukul 11 tenghari, tiba di puncak dalam pukul 12 dan tiba di Jakarta pada pukul 3 petang...penat. Dan esok kami akan ke Mangga Dua dan Tanah Abang untuk Shopping kali terakhir kerana pada hari minggu kami akan bertolak balik ke Kuala Lumpur.


Gambar slide ros dan keluarga

Cuba lah tengok apa yang ros makan sewaktu berada di Jakarta dan bandong. Ros suka soto jadi tak hairan lah semua jenis soto ros cuba makan...
ada yang SEDAP dan ada yang TIDAK sedap.
Boleh kata gitu....


Ini bakso....entah bakso mana pun ros dah lupa... sunda atau padang...semuanya ros rasa dan cuba. Lepas tu sakit perut. Apa ros makan ni...semua nak....perut kalau lah boleh berkata-kata,.. dia akan kata...ros cukup...berhenti makan.


Ini Bakso...ros makan dengan nasi putih dan gambar dibawah adalah minuman ros...tak balance bukan?... macam ni banyak penyakit yang datang...ros kalau pasal makan ikut suka sedap mulut jer....entahlah bila nak insaf pasal bab makan ni. Sendiri punya badan ros.....kata diri ros kepada diri sendiri...faham tak!


Memang sedaplah air ni...seven up dengan susu selalu kita minum...ni fanta dengan susu..satu kelainan bagi ros. Mungkin orang lain sudah biasa minum atau lihat tapi bagi ros ni lah perkara baru. Ros suka air ni tapi agak manis, tak berapa baik untuk kesihatan.... ros kena minum air kosong yang banyak selepas ini...kata my hubby pada ros....hehehe...:p



Ini masakkan Padang...ros memang terkejut bila sampai saje di restoran ni di hidangkan semua lauk...ros tanya dengan my hubby...bang, sapa nak makan banyak macam ni?
Tapi kami makan lauk yang tertentu saje..yang pastinya SAMBAL HIJAU pasti habis ...
siap order lagi satu. Sedap banget!!!!. Memang semua anak-anak ros suka masakan pedas..jadi lauk yang pedas tentulah yang habis dulu....kata mereka...
Ibu, nanti balik Malaysia buat ya?



Tapai dalam raga...memang ros tertarik dengan cara mereka membungkus tapi ni...
tak pernah ros jumpa cara bungkusan begini..

Ini lah tapai yang ros beli di Puncak. Jenis Ubi kuning...lain kan cara mereka membuat tapai. Tiada setitik air pun kat tapai ni, jenis tapai kering tapi lembut dan manis bila di makan. Rasanya kalau tapai ni ros buat air sedapkan...letak ais...
lupa nak bungkus balik malaysia....

Taman Impian Jaya Ancol merupakan sebuah pusat percutian yang popular di Jakarta Utara. Pada 2006, Taman Impian Jaya Ancol berubah nama menjadi Ancol Jakarta Bay City

Area Seaworld seluas 3 hektar dengan keluasan bangunan utama 4.500 m mengandungi berbagai macam akuarium, lorong Antasena (lorong bawah air), perpustakaan, tempat penjualan makanan,kedai suvenir, dan dilengkap dengan layar sentuh sebagai informasi dan spesies di Seaworld.

Akuarium utama memelihara ribuan kehidupan laut Indonesia. Sebanyak 3500 spesis ikan laut Indonesia dipelihara disini (jumlah ini merupakan 37% dari jumlah jenis spesies ikan laut di dunia).Ukuran akuarium ini mencapai 36 x 24 m, dan dalamnya bervariasi dari 4.5 hingga 6 m dan menyimpan 5 juta liter air masin. Kerana besarnya akuarium utama ini tercatat sebagai akuarium air masin terbesar di Asia tenggara.

Area Air Tawar dilengkapi dengan koleksi koleksi kehidupan air tawar dari seluruh dunia, termasuk diantaranya piranha dan Arapaima dari sungai Amazon dan belut letrik.
Lorong Antasena adalah lorong bawah air sepanjang 80m yang dioperasikan dengan berjalan otomatik dengan kubah tembus pandang. Ini untuk memudahkan pengunjung untuk menikmati pemandangan "bawah laut" tanpa risau akan terjatuh kerana asyik memandang keatas untuk melihat ikan.

Aquarium Dugong dan Akuarium ekosistem laut yang berisi coral dan sponge yang memperlihatkan keindahan kehidupan dalam laut

Anak-anak cukup seronok waktu berada di sini.....best...best....kata mereka.

Penyu disini cukup jinak...boleh di pegang.

ikan pari ini teramat lah besarnya...ros tengok pun takut..


Buaya Putih sering di anggap suci oleh masyarakat Indonesia. Nak tahu lebih lanjut ker....



Sign board nak masuk ke SEAWORLD

Slide gambar-gambar keluarga

.::sEpI::.

Sinopsis Filem Sepi

Jalan menemui kebahagiaan tidak selalunya mudah. Untuk Adam, Sufi dan Imaan, sepi terlebih dulu menjengah hati mereka. Sepi membuat mereka mencari cinta, memilih cinta, dan menggengam cinta. Sepilah mengajar mereka erti cinta.

Adam
Adam seorang chef yang berjaya, dan kek perkahwinannya sering menjadi idaman pengantin. Dia sentiasa menghadiri majlis majlis perkahwinan – tanpa pasangan. Walau sentiasa dikelilingi teman-teman, Adam rasa tersendiri. Walau sentiasa kelihatan ceria, hatinya tercari-cari. Dia inginkan seseorang untuk berkongsi bahagia.
Tapi mungkinlah cinta yang dicari, telah lama berada di depannya?


Sufi
Setelah kematian isterinya, Sufi terbeban dengan memori. Hatinya yang kosong enggan meneruskan hidup tanpa kekasih hati. Dia berlari - menjauhkan diri dari realiti kehidupan, kerjaya, malah anaknya sendiri. Tidak terbayang olehnya cinta akan menjenguknya lagi.

Imaan

Bukankah cinta datang hanya sekali dalam hidup?
Imaan kecewa bila pementasan teater nukilannya tidak diambil serius oleh pelakon utamanya, Ean. Imaan bencikan Ean, tapi tanpa disedarinya, Ean berjaya mencuri hatinya. Benci berubah menjadi bibit cinta. Tapi Imaan sudah berpunya. Hatinya tersepit antara kasih pada dua lelaki yang begitu penting dalam hidupnya. Akhirnya, cinta memaksa Imaan memilih.

Tiga kisah yang berbeza, terikat dalam satu desitini.

PUISI SEPI
Bisik ku pada bulan
Kembalikan temanku
Kekasihku, syurgaku
Tanpa dia malam menemaniku
Sepi memelukku
Bulan jangan biar siang biar malam ini kelam
Biar ia sepi sepertiku

Macam best jer kan cerita ni..musik dan jalan cerita macam filem korea...


Every day can be a beautiful day.
Just take a look around you
and think about all of the
wonderful things you have
to be thankful for...

the sunshine,
roses,
laughter,
close friends,
family,
music,
and beautiful dreams.

The storm is never
half as bad as it seems.
Don't let the rain ruin your day.
When the dark clouds move in
just smile,
because the good times
are on the way....

.::wEeKeNd::.

Apa aktiviti ros pada hari hujung minggu. Tiap minggu hari yang berbeza,pergi ke jemputan kenduri kahwin, balik kampong hubby kat Sg.Penchala, Damansara, shopping/window shopping, berkelah di Sg.Gabai,Hulu Langat dll.

Minggu ni ros dan hubby bawa anak-anak pergi Shopping buku di Pustaka Rakyat. Inilah tempat kegemaran ros pada hujung minggu. Ros suka membaca jadi ros mahu anak-anak ada minat membaca. Tengok lah buku-buku yang ros beli hari ni.



Membeli buku memang kegemaran ros dari zaman persekolahan tapi nak menghasilkan karya sendiri belum ke tahap tu...tungguh lah satu hari nanti mungkin ada penulis bernama Annis Faiqa...itu lah ros.

Bila sampai rumah ros tengok rupa nya ada dua buku yang belum ros baca dan belum pun buka pembalut plastiknya. Satu pembaziran ker...tidak kan. Sejak akhir-akhir ni memang ros tiada masa untuk membaca. Rutin harian ros amat padat....macam bagus jer kan ayat tu.


Inilah buku-buku yang belum habis ros baca...banyak novel kan. Itu pun nak beli lagi..siap dah tulis senarai cerita apa yang terbaru dan menarik......bila nak baca.....waktu yang sesuai..bila...tak tahu..:p


.::aT rAnHiLl::.

Kerja ker….emmh…. kerja.... tapi hari ni kan hari sabtu mengapa kerja..
Itu lah soklan yang biasa ros dengar bila ros kerja pada hari sabtu. Kalau hari biasa balik kerja lambat orang tak tanya pulak….Balik lambat ker?..
macam marah jer bunyi nya kan…..hehehe.

Hari ini ros berkerja di Ranhill Worley kerana ros ada kerja Kumang Approach kat Landfall. Bilalah projek Kumang ni nak habis ya. Dah letih lah,
lagipun rasanya dah lama habis tapi masih ada lagi komen dari Client.
Ros kena juga siapkan kerja ni sebab ros yang handle project ni dari mula.
Tak banyak pun kerja tu..sikit jer just only complicated about scale.

kerja oh kerja

Ros dah pening kepala fikirkan Project ni daripada tak ada jerawat sampai dah tumbuh merata kat muka ni……rasanya pasal kerja ke atau orang (client).
Tapi lebih ke orang-orang…..aik..ros lain jer bunyi.

Lagi pun terlalu banyak option route layout yang client minta. Tapi route layout lama juga yang digunakan. Yang merumitkan ada coral yang besar pada laluan pipe ke landfall..
how to avoid the coral..buat lawak ya…suruh ultraman alihkan boleh?....
jawapan tu dah tahap tension lah...:p
Tak payah tension lah, kita tengok keputusan bola EURO 2008 di tempat Akmar. Sapa menang..sapa kalah ni...tak tau. Nampak sangat ros tak tengok bola.:p

hari-hari update nampak

Kerja macam mana pun ros tetap ceria…gembirakan diri anda….:p

Ina pinjam PC

Kerja dah siap ros dah nak balik..dalam perjalanan nak keluar dari office, semua tempat ros singgah...depa tak datang kerja..sunyi kat office. Yang datang kerja cuma Eddie (kau punya pasal lah kena datang..tapi kau yang tolong ambik gambar...thanks a lot.), Edura, Nazrin dan Ezwan.



Koleksi kereta idaman Akmar...WOW.... nak satu boleh.

ok dah hampir pukul 2 petang..time out. Bila diperlukan hasil kerja ros...ros akan kembali lagi tapi buat masa kini biarlah ros di Twin Tower.

Miss U all so much!!!!!!


…Bye RWP….dedaaa!!!!