.::wEeKeNd::.

Apa aktiviti ros pada hari hujung minggu. Tiap minggu hari yang berbeza,pergi ke jemputan kenduri kahwin, balik kampong hubby kat Sg.Penchala, Damansara, shopping/window shopping, berkelah di Sg.Gabai,Hulu Langat dll.

Minggu ni ros dan hubby bawa anak-anak pergi Shopping buku di Pustaka Rakyat. Inilah tempat kegemaran ros pada hujung minggu. Ros suka membaca jadi ros mahu anak-anak ada minat membaca. Tengok lah buku-buku yang ros beli hari ni.



Membeli buku memang kegemaran ros dari zaman persekolahan tapi nak menghasilkan karya sendiri belum ke tahap tu...tungguh lah satu hari nanti mungkin ada penulis bernama Annis Faiqa...itu lah ros.

Bila sampai rumah ros tengok rupa nya ada dua buku yang belum ros baca dan belum pun buka pembalut plastiknya. Satu pembaziran ker...tidak kan. Sejak akhir-akhir ni memang ros tiada masa untuk membaca. Rutin harian ros amat padat....macam bagus jer kan ayat tu.


Inilah buku-buku yang belum habis ros baca...banyak novel kan. Itu pun nak beli lagi..siap dah tulis senarai cerita apa yang terbaru dan menarik......bila nak baca.....waktu yang sesuai..bila...tak tahu..:p


0 comments: