.::wORk.::



Jumaat yang lepas ros menerima kujungan dua tetamu dari Ranhill Worley.
Seronok sangat hari tu, terima kasih Lim Kha Loon dan Ismail di atas kesudian
kalian mengziarahi ros di sini. Lim terima nasi kukus yang U bawa untuk ros,
sememangnya rindu sangat dengan nasi kukus kat food court di Empire Tower.
Kami makan nasi kukus di Pantry di tingkat 52....sempat posing ambil gambar
berlatar belakang bandar Kuala Lumpur..
hehehe lawak lah.


nampak sedapkan nasi kukus ni

Dalam pukul 2.30 Lim minta diri nak balik dan tempat Lim
di ganti oleh Ismail...selepas solat Jumaat..kelakarkan sorang-sorang ros bawak naik atas. Yang bestnya Mae ni buat selamba jer kat KPOC ni,macam office kat Ranhill.


Dua minggu lagi Mae dan Lim akan meninggalkan Rahnill Worley.
Mungkin waktu celebrate party untuk mereka ,rostidak dapat meraikan...kesian kat ros kan. Dah tak orang yang ros nak sakat nanti....Dan ros masih ingat lagi kata-kata Lim dan Mae....Kalau ada student UTP buat practical kat Ranhill mereka nak pesan 'jangan lupa cari orang yang bernama 'Rusniah Mohamad Rusli'...tak tahu lah apa yang nanti mereka kata ya, mbe kutuk ros kot. ...


Whatever U all are still in my hearts ......
Norhana, Siti Norfairuz,Adli, abdul Rahim (sudan)(dah kerja pun), zaharah,Norhaslinda,Fariza (still study final year),
Lim Kha Loon and Ismail
ingat pesanan kak ros,

"Usaha yang luar biasa akan menghasilkan kejayaan yg luar biasa"..

macam bagus jer ayat tu kan...


Ok next topic...,

Hari sabtu ros dan hubby bawak anak-anak pergi TESCO beli barangan dapur
dan keperluan anak-anak..bayangkan kami boleh habis wang sebanyak RM350
untuk barang dapur itu baru saja makanan kering, pakaian dan kasut
untuk faiz dan fauzan sebanyak RM150 dan safety shoes black hammer
with my hubby around RM250....

totally habis wang pada hari tu dalam RM1000.00 dalam masa satu hari..
belum termasuk makan kat luar lagi..emmhh..
sejak harga beras dan minyak petrol naik melambung tinggi ni..semua barang-barang keperluan asas naik mendadak.
kos sara hidup sekarang tinggi bukan...
my hubby ask to me,
we need change our life style ros,....aiyoo like that ah,
I'm only smile.... malaslah nak fikir!

wassalam


2 comments:

heee.. ok2.. akan ku igt nasihat kak rus.. tp kan kak rus.. ramai tol dak utp yg kena dgn kak rus.. tah2 nanti dpat menantu pon dak utp.. hihi~~

June 30, 2008 at 9:56 PM  

menantu...lama lagi tu.

July 16, 2008 at 11:35 AM