More to come in the near future!

So, I have to admit...I just have not been into the computer lately. I end up on the computer so much during the day that I don't have the desire to be on it and think of something fun to write about. Besides that, life has been pretty stressful with the way this economy is.

So, this is my goal and my hope! My goal is to post 1 time per week. Probably on the weekends. My hope is that I will be able to post more then that on here. I do check in at night to see what everyone is doing. I just don't feel like logging in and thinking of something creative to write and to be witty and what not. I hope that everyone is having a great week ...dedaaa.

Wassalam



So...my day to day doldrums are not much of anything right now. I wish that I had more to write about, but the things that I am going through right now, are not to be written for the public sector. How I wish that I could write about the struggles and frustrations to get views from others, I just can bring myself to air it here.

I believe that I am just too negative and down right now to write something up lifting an positive. Sorry...I do have something in the back of my mind that I am working on. But, I just don't have the whatever it is I need right now to get out right. Hopefully I will be able to write some tomorrow.

Wassalam

.::. NO CLUE .::.

What to write about?
I have not a clue!
Really...I am all too consumed right now.

So...I leave with a very lame and very short entry today. But, I at least leave you with something to read even though it isn't much..layan!


Wassalam

I'm sick yet again!.., Still nervous and sick. I feel a lot better, not great but better. I can't talk for nothing and it's so annoying! My sinuses are still messed up too and I haven't seen this much snot in years! Lower back starting to hurt a little and I'm waddling a lot more...:)

Wassalam



Happy Birthday my son - and I will thank Allah for the gift he gave me.

My son.Today he turns 9 years old. Hard to imagine that my boy is almost the age I was when I had him!The joy this child has brought into my life - well, it can't be measured. As a baby there was a constant smile on his face - a huge huge smile and laughter.

I learned to look at life in a totally different way - through his eyes. Watching him grow and learn! Everyday there was something new.Oh, I'm not saying my son is perfect! Trust me when I tell you that he has put me through some trials and tribulations that I wouldn't want others to go through - but it has brought us to where we are today. He is a good kid.

Happy Birthday Fahmi.

Your mother loves you very much.

Wassalam




Malasnya untuk memulakan perkerjaan di pejabat. Mungkin keletihan kerana menjaga fauzan yang sakit. Alhamdulillah hari ini fauzan hadir ke sekolah walaupun keadaan kesihatan yang masih belum baik sepenuhnya.

Malam tadi fauzan merajok ..emmhh merajok kerana ros tidak mahu membeli bubur nasi MacD yang dia pesan. Kata ros padanya..kita tak perlu beli lah, ibu boikot MacD Restoran., apa kata ibu masak saje pasti sedap dari bubur nasi MacD. Pada mulanya memang fauzan marah tapi bila melihat ros bersungguh-sungguh memasak di dapur dari marah, tukar kepada membantu memasak. Alaihai anak-anak,...penatnya melayan kerenah kalian.

Setelah selesai urusan di dapur lagi satu kerja yang perlu ros pantau..homework anak2. Sebelum masuk tidur ros pastikan mereka selesaikan kerja-kerja sekolah yang cikgu beri atau ulang kaji mata pelajaran yang cikgu ajar. Nampaknya tahun ini ros perlu beri tumpuan pada anak2, takut mereka leka..ya leka....seperti ros yang masih leka dengan keduniaan...sedangkan usia ros kian meningkat.

Wassalam


Semalam, setelah usai solat magrib ros membawa fauzan ke kelinik lagi. Ros tengok
badan nya masih panas lagi dan keadaan nya yang lemah. Balik dari kelinik ros buatkan
bubur nasi...alhamdullilah banyak juga fauzan makan. Lepas makan ubat,
ros suruh fauzan solat dan tidur awal.

Bangun pagi ros terus mendapatkan fauzan dan lihat keadaannya. Alhamdullilah panas
badan sudah berkurangan cuma katanya badan nya masih lemah lagi. Ros suruh dia berehat
saje di rumah tak perlu lagi ke sekolah dan doktor pun ada memberi cuti sakit.
Fahmi merungut kepada ros..mengapa angah tu tak pergi sekolah,
lamanya dia sakit. Mungkin perasaan cemburu fahmi kepada fauzan kerana
kata fahmi pada ros...Ibu, kita kalau sakit cuma satu hari aje kenapa angah tu lama..,
manja sangat kot. Hahaha...kata-kata fahmi membuat ros ketawa di pagi hari.

Sebelum pergi kerja ros pesan pada fauzan jangan lupa makan ubat dan
kalau boleh ulangkaji pelajaran kerana sudah 3 hari tidak ke sekolah byk pelajaran yang tertinggal. Ibu doa kan agar fauzan cepat sembuh dan kembali ceria..


"cepat sembuh ya Fauzan"

wassalam




Hari ini sudah 2 hari fauzan tidak ke sekolah...sakit kepala. Risau juga ros melihat keadaan fauzan sejak kebelakangan ni..asyik mengadu sakit kepala. Perasaan takut atau fobia bila anak2 sakit ni...terutama fauzan. Ada cerita di sebalik perasaan takut tu...


Peristiwa 10 tahun yang lepas, ketika itu umur fauzan hampir 2 tahun..pada ketika itu fauzan demam panas. Pada petang sabtu..fauzan minta susu kepada ros..setelah habis susu di minum, fauzan tertidur dan ros tinggal fauzan seketika untuk membasuh botol susu. Pada waktu itu hanya ros dan fauzan saje yang berada di rumah. Ayah dan hubby ke hospital melihat sepupu ros yang sakit. Tiba-tiba terdengar fauzan memanggil nama ros ,..ibu..ibu.., berlari ros mendapatkannya ...waktu itu lah tiba2 badan dia kejang dan kena sawan tarik. Ros panik, berlari ke rumah jiran meminta pertolongan. Makcik badriah terus mendapatkan fauzan dan menyuruh anak2 dia membawa air batu dan air sejuk untuk di siram kepada fauzan...ros seperti nak pitam pada ketika tu...hanya mampu menangis dan berdoa pada allah agar tiada perkara yang buruk berlaku pada fauzan.

Alhamdullilah sawan tarik fauzan berkurangan tapi badannya masih panas dan lemah. Ros dan anak jiran terus membawa fauzan ke kelinik..keadaan jalan raya waktu tu pula sesak nak sampai ke klinik mengambil waktu yang begitu lama. Di dalam kereta Ros hampir jadi orang gila kerana tiada tindakbalas dari fauzan bila ros memanggil namanya. Sampai ke kelinik ros terus saje masuk ke bilik doktor...ros tak pedulikan orang-orang sekeliling..bagi ros nyawa anak ros lebih penting. Alhamdulillah doktor faham dan mengambil fauzan dalam pelukkan ros dan serah kepada jururawat. Mereka suruh ros keluar dari bilik doktor tapi ros enggan kerana bagi ros, fauzan perlu berada di depan mata ros...akhirnya doktor menyalah dan meminta agar ros bersabar. Setengah jam kemudian terdengar fauzan memanggil ..ibu..ibu...ibu.
Pada waktu tu lah hubby ros sampai dan tanya apa terjadi pada fauzan...
ros hanya mampu menangis tanpa berkata-kata....lidah ros kelu.
Hanya kata-kata...syukur alhamdulillah fauzan selamat.

Sejak dari kejadian sawan tarik tu, ros sanggup tidak melelapkan mata jika anak2 tidak sihat. Biar lah ros berjaga dari malam hingga ke pagi....ros takut...ya takut peristiwa fauzan terjadi kepada anak2 yang lain...

Anak-anak ku..., ibu bukan lah ibu yang baik tapi ibu mahu menjadi ibu yang terbaik untuk kalian. Ibu yang penuh dengan kasih dan sayang. Kalian lah permata ibu di dalam dunia ini...
doa ibu agar kalian dapat menjadi anak yang soleh dan taat kepada orang tua....


wassalam





THANK YOU so much my dear friends for the birthday gift and birthday wishes yang ros terima sama ada dari panggilan talipon, email dan juga sms. Actually ros tak expect pun akan dapat hadiah sebab dah tua kan...hehehe..



Terima kasih ina dengan hadiah koleksi 'Vantage" ni...cantik sangat. Lately ni ros suka dengan koleksi pinggan mangkuk english stail.



Hana Punggol....thanks you so much the bangle magnet..actually good for my health.



From Sis Jasmin...terima kasih kak min walaupun Belated Birthday Present.hehe, tapi sekurang-kurangnya kak Min masih ingat my bday...I'm really appreciate.



From My sis.....kak ina...adik suka sangat hadiah tu...nak tahu kenapa..ia seperti pinggan mangkuk dari koleksi ibu kan. Cuma ibu punya tak ada teko dan kak ina menlengkap kan koleksi pinggan mangkuk ibu.

Thank you everyone for the birthday presents and thank you all for the
sweet birthday wishes!
wassalam


Muharram Menjelang Lagi

Dalam bulan Muharram hari yang paling bertuah ialah hari ke-10 atau lebih dikenali dengan nama Hari Asyura' IAITU PADA HARI RABU 7 JANUARI 2009 . Pada hari tersebut kita disunatkan berpuasa.Malah dalam mazhab Imam Hanafi puasa hari ke-10 dalam bulan Muharram ini adalah satu-satunya fardhu puasa yang pertama sebelum difardhukan puasa bulan Ramadhan.Hadith daripada Aisyah: "Sesiapa ingin berpuasa (sunat 10 Muharram) maka bolehlah dia berpuasa.
Dan sesiapa yang tak ingin berpuasa maka boleh dia tinggalkan". Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.Malah dalam sebuah hadith riwayat Muslim Nabi berpuasa pada 10 Muharram kerana pada hari tersebut diselamatkan Nabi Musa a.s daripada lemas dan juga daripada buruan Firaun.

KELEBIHAN
Baginda bersabda: "Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya". Riwayat Muslim.Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka." Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !".


BEZAKAN PUASA DENGAN ORANG YAHUDI

Oleh kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram maka disunatkan umat Islam berpuasa sejak 9 Muharram lagi bagi membezakan dengan puasa orang Yahudi. Hadith ini dikhabarkan oleh Ibnu Abbas dalam sebuah hadith riwayat Muslim dan Abu Daud.

Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram maka boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram.


SEJARAH 10 MUHARRAM

Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukha syafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:

(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamat Musa dan pengikutnya.
(9) Lemas Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa kelangit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.

Semoga dengan sedikit info ini akan mengerakkan lagi hati kita untuk terus beramal kepadaNya walaupun di keadaan yang sibuk dengan sebarang urusan sekalipun...*copy and paste from my email*
Wallahu A'lam...
" Ballighu anni walau ayah ",
maksudnya: sampaikanlah kepadaku walau satu ayat...(sayyidina Ali r.a).



Sejak dua minggu yang lepas ros sibuk menguruskan keperluan asas persekolahan anak2. Daripada buku2,beg,kasut dan pakaian semua ros uruskan. Pening jugak lah bila tengok list perbelanjaan persekolahan 3 orang anak. Jika di bandingkan zaman ros sekolah dulu tak lah sebanyak sekarang. Itu dulu 30 tahun yang lepas tak boleh nak samakan. Bila ros merungut pada anak-anak...mereka kata..itu dulu ibu, zaman dah berubah.

Hari ini memang hari yang memenatkan ros. Selesai sekolah kebangsaan...,
sebelah petang pula uruskan sekolah agama. Bolah tahan juga yuran yang perlu di bayar.... emmhh..betul kata faiz, zaman dah berubah. Kenderaan pergi dan balik dari sekolah juga ros uruskan pada hari yang sama.
Teringat ros pada zaman persekolahan dulu, kasut dan beg jarang beli, itu pun jika2 betul dah rosak atau koyak. Nak kata ros beli yang murah...tak lah jugak. Mungkin dulu barang2 yang di jual berkualiti dan kita pula pandai menjaga dengan baik. Itu pendapat ros lah...sebenarnya perkara2 begini terpulang pada diri kita sendiri...kita yang memakai dan menggunakannya. Tadi sewaktu ros menghantar anak ke kelas, terdengar kata2 seorang guru...saya tidak kisah kamu memakai kasut yang mahal atau yang murah tapi saya mahu lihat kamu semua memakai kasut yang putih dan bersih. Emmhh..., betul kata guru tu kan.

Dulu waktu zaman persekolah ros, tak ada istilah penat dan tension. Homework pun taklah banyak seperti zaman sekarang...banyak sangat..ros yang penat siapkan homework anak2..haha ibu siapkan. Dulu ros balik dari sekolah semua keperluan dah di sediakan oleh ibu dan sebelah petang boleh pergi bermain dengan rakan-rakan. Galah panjang, guli, baling selipar, kondakondi, polis entry, teng-teng, baling bola tin dan macam-macam lagi. Itu lah permainan zaman kanak-kanak ros, yang kini hampir pupus. Bila hari hampir malam baru pulang ke rumah..itu pun setelah ibu menjerit memanggil jika tidak tak ingat jalan pulang.
Setuju tak dengan ros, rasanya alam kanak-kanak lah yang paling indah...betul tak.

wassalam


Salam readers..,

Selamat hari Jumaat yang pertama 1430 hijrah dan sambutlah hari Asyura yang mendatang dengan berpuasa dan bersedekahlah. Didoakan kita sentiasa dalam rahmatnya..

Amin..

Wassalam


Happy New Year to all my readers and fellow bloggers.


Wishes A Happy New year and wish this new year bring good health
and lots of happiness .

wassalam