.::wHy aNd WhAt::.


Dah larut malam tapi mata ros masih segar lagi. Mengapa ros tak boleh tidor ni. Mengapa ya?
Sejak kebelakangan ni ros sering teringat dan terbayang seorang kawan yang berada
di Miri, Sarawak. Dah lama ros tak dengar khabar dari dia. Kali terakhir ros jumpa dia,
waktu dia datang ke Ranhill untuk menyerahkan tugasan kerja kepada rakan sekerjanya.
Katanya pada ros, dia tidak lagi berada dalam Team Kumang....
dia minta maaf dan halal kan makan minum..itulah kata-kata terakhir dari dia...
waktu tu memang ros sedih dan kecewa kenapa dia kata begitu kepada ros...
tapi apa salah ros....hingga kini ros sering tertanya.Semuga dia kembali ke darat dengan selamat..dan dapat berjumpa dengan ros secepat mungkin.

Apa, mengapa, kenapa....

Apa yang boleh ros katakan ..ros kawan dengan semua orang dengan penuh keikhlasan
tiada perasaan benci, marah ,dendam..dll. Terimalah ros seadanya ros.

Mengapa sekarang ni ramai sangat yang minta maaf kepada ros..bukan seorang..
malah lebih dari dua orang. Ros jadi binggung sebenarnya,
Mengapa ni...ros teruk sangat ker. Apa yang buat mereka kecil hati dengan ros.
Mungkin ros buat kesilapan tanpa ros sedar...maafkan ros!!! ros bukannya sempurna
tetapi ros anggap semua kawan-kawan ros SEMPURNA...sbb tu ros masuk kan lagu sempurna dalam blog ros...untuk semua orang-orang yang ros kenal atau tidak.

Hari ni ros terasa amat sedih apabila menerima berita kematian seorang adik..saudara baru.

AMPANG-Iman lebih pendiam sebelum tragedi
TAMAN TASIK TAMBAHAN – Cheong Chung Fat atau nama Islamnya Ahmad Nor Iman Cheong, 21, yang maut digilis treler ketika dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Ampang Point dikatakan menjadi pendiam di samping jarang berkunjung ke kediaman keluarga angkatnya sebulan sebelum kemalangan ngeri itu berlaku semalam.
(from Sinar harian paper)

Ros tidaklah rapat dengan Iman, cuma dengar cerita dari hubby,ayah,jiran-jiran
mengenai Iman yang dia selalu ke surau. Dia saudara baru dan masih muda lagi baru
21 tahun. Dia tinggal bersama nenek (orang cina) dan abang kembar.Rumah Iman tak lah jauh sangat dengan rumah ros..beza lorong saje. Ros sempat berbual dengan Iman 8 bulan yang lalu, sewaktu terserempak dengannya di RejectShop. Dia berkerja sementara
kerana menunggu keputusan STPM. Yang ros respect pada Iman ni dia selalu ke surau
dan dengar ceramah agama. Katanya pada ros,Dia sangat sayang kan ISLAM.
Sewaktu di kebumikan muka Iman berbeza dengan wajah sebenar....kata jiran sekeliling.
Iman terlalu baik bagi ros, sifatnya yang begitu manja,
rajin dan peramah amat disenangi oleh semua orang.

Kata Bapa Iman Cheong See Heng, Iman anak yang paling baik daripada 5 orang anaknya jika tidak tak kan lah begitu ramai yang datang sewaktu kebumian Arwah Iman.Ramai yang begitu sayangkan anak saya, saya sungguh terharu, kata terakhir dari ayah Iman.

Tak salahkan memuji Iman, seorang remaja cina menukar agama dalam usia yang sangat muda...Ros doakan agar roh Iman di tempatkan dengan orang-orang yang beriman dan soleh...AL-FATIHAH....untuk Iman.

0 comments: