Mengemas lagi…ya mengemas lagi hari ni. Bila agaknya nak berhenti mengemas,
tak tahulah kan. Tengah mood rajin sekarang ni dan layan lah. Sebenarnya pokok-pokok bunga ros ni ibaratkan hidup segan mati tak mahu…aiyo pokok-pokok bunga ros dah jadi lalang
sampaikan ada sarang burung lagi. Lawak sungguh.





Rasanya cukup-cukup lah pokok yang ada sekarang. Mana pokok yang ros tak berkenan,
ros campak dalam tong sampah. Malaslah nak fikir dan tak larat nak memgiram. Lagi pun
ros tak ada masa. Pergi awal pagi dan balik petang, bila masa nak lihat pokok-pokok tu. Betul tak?.

Hari ros buka puasa di rumah abg jadi tak perlu lah rushing ke dapur dan malam hari
ros temankan anak-anak bermain mercun…happening sangat..
tak sabar nak tunggu hari raya…layan.

Wassalam



Penatnya hari ni..apa lagi jika tidak mengemas rumah yang macam tongkang pecah ni.
Nak harapkan siapa lagi bab mengemas rumah ni. Harap kan anak-anak…alamak sakitnya hati.
Lain yg disuruh lain yang di buat..macam mana tu. Kerja separuh jalan jer dan mengadu penat. Daripada memeningkan kepala dan hilang pahala puasa, baik buat sendiri.

Kerja memasang langsir paling ros suka..yelah kita buat sendiri kan. Ros dah lama tak buat langsir, hampir 3 tahun. Langsir tak perlu tukar selalukan bukannya orang tahu samada langsir tu baru atau tidak. Dulu kala, taip-tiap tahun ros menjahit langsir hendak kata rajin tidak lah tapi minat. Bermacam-macam design pattern yang ros boleh buat. Ros belajar
dari kakak ipar yang merupakan tukang jahit baju dan langsir. Seronok sangat bila dah
siap dan cantik bila di pasang. *Matilah perasan*.

Sebenarnya tak lah banyak kerja mengemas yang hendak di buat, cuma membuang habuk-habuk yang melekat di perabut, biar ada seri sikit dan bersih walau pun barang-barang lama. Tahun ni tak ada perabut baru yang perlu ros beli kerana semua masih dalam keadaan elok. Buat apa membazir duit, gunakan aje perabut yang sedia ada dan teramatlah sentimental value ni...so layan.

Wassalam.

Assalamulaikum readers,

Setiap kali menjelang syawal ros akan memohon ampun dan maaf, apabila syawal menjarakkan diri, ros akan melakukan kesalahan dan kesilapan lagi. Di mana silapnya, maka kesalahan / kesilapan berulang walaupun magnitudenya mungkin
tak sama dengan yang lalu tapi ia tetap terjadi. Bukan ros tak cuba untuk memperbaiki diri, bukan ros tak hisab, hitung, jengkal af'al, harian, tapi hanya seketika kesedaran dan penyesalan singgah berlabuh dihati. Tapi ros akan tetap meneruskan peristiwa menjelang syawal ini sehingga ke satu noktah yang mungkin esok, kejap lagi..... mana tahu, sekiranya setelah mendapat kemaafan anda dan sebelum sempat ros melakukan kesalahan, kesilapan yang baru,
noktah itu tiba......................

Maka ros memohon ampun dan maaf di atas apa jua kesalahan dan kesilapan yang telah ros lakukan, maka anda berhak menanggungkan atas bahu ros kesalahan dan kesilapan tersebut atau melempar jauh ke belakang dan memulakan halaman baru...... ros pasrah.......

Selamat Meneruskan Ibadah Puasa
Selamat Menyambut Aidil Fitri
Tingkah laku dan juga bahasa,

Mohon ampun maaf 10 jari,
Andai ada memendam rasa
Terhadap ros insan yang hina ini............

Untuk Iqbal (NZ) ~ Raya balik Malaysia tak, take care ya dik.
Aida (UK) ~ Jangan sedih di pagi raya tau. Mesti rindu dengan suami dan anak2 kan.
Syazana (France) ~ Kuih raya kak ros bagi dah habis ke.
Irwan (Temerloh) ~ Kuih raya untuk kak ros mana.
Hana (SIN) ~ Ada tak duit raya untuk ros.

Ikhlas,
AdikRose dan keluarga

wassalam


Hari Raya hampir tiba, ros mengambil cuti cuma 2 hari. Tak sabar nak merasakan suasana hari raya. Yang pasti, suasana raya dulu dan sekarang amat jauh berbeza. Jika dulu, seronok terima duit raya dari Pak Cik dan Mak Cik, kini, ros pula yang terpaksa sumbangsih ikhlas duit raya untuk anak-anak buah dan anak-anak sepupu.

Jika dulu, terima duit raya 50 sen pun sudah cukup besar nilainya, kini, jika beri RM5,
anak buah boleh cakap, "ehh lima ringgit aje..." aduhai anak buah ku sayang !
Jika dulu, terasa enak makan nasi impit dibungkus dengan daun kelapa. Kini, nasi impit dibungkus dengan plastik. Semua hidangan segera dan semua biskut tunjuk.


Terasa suasana yang berbeza sekali antara dahulu dan sekarang.Layan!

wassalam


Pejam celik, pejam celik ..masa begitu pantas selalu dan hari raya kian hampir.
Persiapan hari raya hanyalah sederhana saja, sekadar yang termampu dan tidak berlebihan. Kuih dan baju untuk hari raya sudah tersedia. Warna merah hati (maroon) menjadi tema raya pada tahun ni. Merah..I tell U. Garang kan warna tu, tapi tak apa lah biar ceria di
pagi-pagi rayakan. Dari jauh orang dah tahu itu adalah keluarga ros.
Tak apa..tak apa…ros suka.

Biskut raya pulak..emmhh tunjuk dan bayar. Ros memang tak pandai buat kuih.
Bukan tak pernah buat tapi tak pernah menjadi. Dulu waktu remaja, ros dan adik lelaki pernah buat kuih sampai pukul 2 pagi. Semangat sungguh kami waktu tu. Kami buat biskut berbentuk strawbery memang tersangat lah cantik sangat kuih tu. Warna merah dan
siap ada tangkai warna hijau lagi. Tapi nak tahu hasil nya…hahahaha..keras macam batu.
Ibu ketawa kan kami bila mendapat tahu yang yang kuih buat tak menjadi.
Ibu kata walaupun biskut tak manjadi tapi rasanya sedap, cuma ia keras saja..
ibu..ibu pandai sungguh ibu ambil hati kami yang kepenatan.

Sejak dari kes buat kuih tak jadi tu, Ros sudah serik buat kuih lagi. Bukan apa penatnya,
Ya Ampun..Eh tidak,tak serik lagi lah sekarang ni ros dah pandai sikit buat kuih..
ulang lagi..sikit..hahha. Ros pernah buat kuih raya tapi kuih yang ros suka saje..
iaitu Almond London dan Tart Nenas.

Tahun ni sama dengan tahun-tahun sebelumnya..kuih raya....tunjuk dan bayar saje.
Ros..ros bila lah nak ubah ni…layan.

Wassalam.

This is nothing new. Ingat kan nak kemas rumah tapi ros tak berkesempatan.
Badan ros agak lemah saje hari ini , kesan dari ubat alergi yang ros makan waktu sahur.
Ros alergi makanan laut tapi semalam ros teringin makan kari ketam. Ketika bersahur bersemangat untuk menghabiskan ketam-ketam tu. Ha apa lagi sebelum terkena baik beringat maka makan lah ubat2 tapi kesannya..ngantuk..aduih nampak gayanya tak berkemas lah rumah ros. Raya nak dekat ni sempat ker nak buat banyak kerja..tak pa...tak pa, minggu depan ada waktu lagi untuk mengemas rumah....layan.
wassalam


Ibu jangan tinggal kan adik Ibu,..Ibu..Ibu...ros merayu pada ibu tapi ibu terus berlalu pergi..oh tidak..tidak...aarrghh.. oh ros bermimpi rupanya. Ya allah, ros bermimpi ..ibu hadir dalam tidur ros. Mungkin Ibu rindukan doa dan bacaan yassin dari ros. Adakah ros lalai dan melupai diri mu ibu...oh tuhan. Malam tadi ros bertemu ibu dalam mimpi...rupanya ibu datang melawat ros dan keluarga. Ibu hanya senyum pada ros dan tidak berkata sepatah perkataan pun. Ros cium tangan ibu, ros peluk ibu....ros menangis kerana ros terlalu rindukan ibu... Ibu meleraikan pelukkan kerana ibu perlu pergi..ya pergi..dan entah bila ros dapat ketemu ibu lagi...ros merayu pada ibu..ibu..ibu jangan tinggal kan adik lagi. Aduih sedihnya...

Hari ini ros sedekah bacaan Yassin untuk ibu. Ros mahu ibu dengar dan mahu ibu tahu yang ros tidak pernah lupa kan ibu. Ibu dengar lah rintihan adik ibu...adik terlalu rindukan ibu. Adik rindu dengan kasih sayang ibu,belaian manja dari ibu. Ibu adalah seorang ibu yang terbaik bagi ros. Ibu mithali gelaran yang ros berikan pada ibu. Ibu lah tempat ros meluahkan masalah dan juga cerita kisah suka duka perjalanan hidup ros. Ibu selalu menyokong, memberi nasihat dan membantu ros jika ros menghadapai kesulitan.
Di mana kah hendak ros cari pengganti mu ibu...tiada ibu..tiada.

Ibu, sewaktu ibu terlantar sakit, ros juga terasa tempiasnya ibu.
Begitulah rapatnya hubungan kami. Ibu sakit...ros terasa sakitnya. Bila Ibu senyum gembira..
ros turut senyum gembira seperti ibu. Masih dalam ingatan ros ibu, apabila tiba cuti semesta, kawan-kawan sibuk dengan program , tapi ros tidak turut serta kerana ros mahu sentiasa berada disisi ibu. Kakak dan abang pula sibuk dengan kuliah kerana mereka di tahun akhir dan sibuk dengan peperiksaan, jadi biar lah ros teman kan ibu. Ros mandi, pakai kan pakaian dan menyisir rambut ibu. Dan ibu minta ros sanggulkan rambut ibu yang panjang,...'adik buat sanggul rambut ibu ya'. kata-kata itu masih segar dalam ingatan ini ibu. Ibu nampak cantik jika ros siapkan ibu. Ros suapkan ibu makan dan tidor kan ibu.
Ros ingin sentiasa berada disisi ibu sentiasa kerana ros takut kehilangan Ibu..
ya..takut.

Terharu ros dan ibu, apabila kawan-kawan dan tenaga pengajar datang melawat ibu.
Mereka hairan kenapa ros menghabiskan cuti semesta di rumah. Ros rahsia kan daripada kawan-kawan yang ibu ros sakit. Mengapa ya ros merahsiakan daripada mereka...entahlah, tiada jawapan. Ros kenal kan kawan-kawan dan lecturer pada ibu. Ibu gembira waktu tu...
ros melayan saja kerenah ibu. Rupanya sewaktu ros berbual dengan ibu lecturer ros memerhatikan tingkah laku ros. Katanya pada ros' "Lembutnya bila U bercakap dengan
Ibu U ros, dan baru saya tahu siapa U". Hingga kini ros masih ingat lagi kata-kata itu..,
tapi..lemah lembut ke ros ni..oh tidak..mungkin satu kesilapan.

Penyakit ibu tidak menentu...sekejap baik, sekejap sakit. Ros puas menjaga ibu..cuti semesta ros luangkan bersama ibu. Ros cuba buat yang terbaik untuk mu ibu. Puas ros menangis bersama ibu. Tapi berita sedih ros terima, umur ibu tak panjang, ibu tinggal kami..tinggal kan ros, anak manja ibu ni. Waktu ibu hendak meninggal kami,
ibu minta maaf dengan kami adik beradik tapi mengapa ibu kelihatan sihat ketika itu. Adakah kerana allah memberi peluang kepada ibu untuk berbual dengan kami.
Yang peliknya, Ibu boleh meminta makanan kegemaran dia. Rupanya malam itu adalah hari terakhir ros bersama ibu...bila abang dan kakak beritahu ibu tengah nazak, kami semua baca surah yaasin untuk ibu dan mengajar ibu mengucap...hampir pengsan ros apabila abang dan ayah beritahu ibu dah tak tiada...pergi tinggal kami semua. Ros tak boleh terima hakikat yang ibu sudah tiada. Pakcik (adik ibu) nasihatkan ros..terimalah ketentuan tuhan dan redha lah, kita juga akan ke sana satu hari nanti.

Jenazah ibu, abang yang mandikan dan di pangku oleh anak-anak. Tercapai juga
cita-cita ibu, mahu abang mandikan dia. Sewaktu kain kapan terakhir untuk menutupi wajah ibu...ros sempat cium ibu..dan menatap wajah ibu untuk kali terakhir. Ros tak dapat menahan perasaan sedih... menangis sehinggah jenazah ibu di usung ke kereta jenazah. Solat jenazah di iman kan oleh abang. Untungkan ibu, dapat anak soleh seperti abang.
Ini semua atas didikan agama dari ibu.Syukran jazillan ibu..

Ibu mengapa ros tidak dapat menjadi ibu sebaik ibu. Ibu contoh yang terbaik tapi ros tidak dapat menjadi seperti ibu. Masih ros teringat lagi, bila malam hari ibu bangun solat tahjud, hajat bila mengetahui anak-anak ibu akan menghadapi peperiksaan dan ibu berikan kami air yang ibu bawa solat. Ibu..ros harap satu hari nanti ros berubah dan menjadi seperti ibu seorang isteri, ibu yang penuh dengan kasih sayang. Ibu...maafkan ros ibu,
maafkan dosa-dosa ros terhadap ibu. Doa ros, ibu di tempatkan dengan
orang-orang yang beriman...Amin ya rabbil alamin.

wassalam

DISEBALIK NAMA ADIKROSE.BLOGSPOT

Adik…merupakan nama panggilan ros di rumah sejak dari kecil lagi. Selalunya orang beranggapan orang yang di panggil adik merupakan anak yang paling akhir atau bongsu
tapi tidak untuk ros kerana ros merupakan anak yang ke tiga daripada empat adik beradik. Ros mempunyai seorang kakak,abang dan seorang adik lelaki. Ros tidak pasti mengapa keluarga memanggil ros dengan panggilan adik. Kata ibu, mungkin jarak umur ros dengan adik yang agak jauh.

Nama Rose pula, adalah nama panggilan dari rakan-rakan. Selain dari nama adik dan ros, ada juga orang yang memanggil dengan panggilan Nea…tapi ramai yang tak tahu dan boleh di kira orang yang memanggil nama Nea. Lagi pun ros jarang menggunakan kata nama diri Nea. Tak glamour kan nama tu..hahaha.

AdikRose.blogspot…merupakan gabungan nama dari panggilan keluarga dan rakan-rakan.
Oh ya, terfikir juga mengapa tidak memilih nama kak ros,makcik ros atau ros saja…
sebabnya kalau nama kak ros, rasanya dah ramai guna nama tu. Makcik Ros…alamak
terasa tua lah pulak. Nama ros…rasanya lagi lah ramai dan nama AdikRose yang menjadi pilihan ros kerana tiada orang gunakan kecuali ros yang masih terperasan macam
seperti adik lagi....aduih..layan.

wassalam

.::. MASSAGE .::.

Batu berbentuk telur ini menjadi rebutan anak-anak sejak ros membawa pulang dari office. Ianya hanya sebesar tapak tangan ros. Sewaktu farhan sakit kaki, ros telah mengurut kaki farhan dengan batu marble ini. Tak tahu lah kesan nya mujarab atau tidak...tapi sejak ada batu berbentuk telur ini di rumah ramai pulak yang sakit minta di urut...aduih...

Hanya seketul batu marble berbentuk telur ini ianya mampu mengeratkan lagi ukhuwah silatulrahim kami sekeluarga ...siapa yang ingin mencuba...silakan.

wassalam..


Farhan sakit...ya anak ros yang kecil ini sakit.

Pagi tadi sewaktu bersahur farhan agak berlainan. Selalunya pagi-pagi lagi farhan akan menganggu ros memasak dan meminta susu. Tapi pagi ni dia agak pendiam dan asyik merengek. Ibu..ibu adik sakit lah terdengar farhan bersuara. Ha sakit! panic sekejap. Ros berlari mendapatkannya, Sayang ..sayang sakit ...sakit kat mana ni. Kaki adik sakit lah ibu, meminta simpati dari ros. Ros cuba bangun dan berdirikan farhan tapi dia mengadu sakit dan menangis. Ros beritahu pada hubby..dia kata mungkin kaki farhan terseliuh kerana semalam waktu di kg, farhan dan abang-abangnya amat lasak.

Selepas bersahur ros urut kaki farhan pelahan-lahan. Farhan mengadu jangan di usik kaki dia...sakit lah ibu, betul juga kata farhan ros bukan nya tahu pun urut-urut ni. Hubby pula dah bersiap-siap untuk ke tempat kerja di Melaka. Begitulah rutin harian hubby tiap-taip minggu, pagi isnin akan kembali ke Melaka dan akan balik KL pada hari sabtu...penat kan.

Ros hantar farhan ke rumah babysitter dan beritahu masalah kaki farhan yang sakit.
Kata babysitter dia akan mencari tukang urut datang untuk mengurut kaki farhan.
Di tempat kerja ros asyik memikir kan farhan..farhan...farhan.
Ros takut sesuatu yang tak di ingini terjadi pada kaki dia..aduih.
Entah berapa kali ros hubungi babysitter, menanyakan bagaimana keadaan farhan.
Takut..ya ros takut farhan tak boleh jalan.

Tempat pukul 4 petang ros terus ke rumah babysitter kerana ada seorang abang (samzi)
akan melihat dan mengurut kaki farhan. Menjerit kesakitan farhan bila kakinya di usik
oleh abg samzi ...ros nak menangis bila lihat farhan memanggil ibu..ibu..tolong adik.
Aduih sedih..sedihnya. Lega ros bila abg samzi kata...tak ada masalah urut cuma ada bengkak di punggung farhan, mungkin terhentak sewaktu bermain.
Sejak kebelakangan ni memang farhan agak lasak.

Cepat sembuh ya farhan..ibu rindu..ya rindu bila farhan berlari memeluk ibu
apabila mendengar suara ibu pulang dari kerja.Yeye..ibu adik dah balik..
ibu dukung...layan!

wassalam

Balik kampung...yeyeye.. balik kampung...hati riang...;). Excitednya ros tapikan tak ada maknanya lah kan kalau setakat Sg.Pechala tu di nama kan kampung sbb berada di dalam kawasan bandar Damansara. Bila sebut kampung mesti terbayang sawah, ladang getah, kelapa sawit dan suasana yang indah/nyaman. Ini kan, Bila jiran tanya nak ke mana tu,
kita pun jawab lah dengan penuh bangga...balik kampung. Jiran tanya kat mana..
maka kita pun jawab lah... Sg. Pechala kat Damansara. Eh, kg ke tu..bukan bandar..
jiran pun pening. Ros jawab ringkas saje, dua-dua pun boleh makcik.

Seronok kan bila balik kampung ni. Lebih seronok bila kg tu dekat, tak perlu isi minyak kereta penuh, duit tol dan yg paling penting tak sakit pinggang dan penat duduk dlm kereta lama-lama. Tapi sesekali ingin juga balik kg jauh-jauh...tapi kat mana ya...layan!

Minggu ni kami mengambil keputusan ntuk berbuka puasa di kg kerana kami belum lagi berkesempatan utk berbuka di sana. Kami perlu menunggu abah yang masih berada di Jakarta. Dan kebetulan minggu ini abah ada, abah baru saja pulang dari Jakarta. Ehem..ehem...souvenir...ya sudah semesti nya ada souviner untuk ros (matilah perasan). Kalau tak ada kempunan lah, tapi kan.., Abah kalau pergi jalan pasti ada souvenir untuk ros...mari kita tengok apa yang abah belikan untuk ros..blouse 2 helai dan telekung...
cantik sgt, Sweet warna blouse ni , pandai abah pilih.

blouse hadiah dari my father in law.....terima kasih abah.


Telekung sulam ini juga souvenir dari abah



Terima kasih Abah kerana kemana abah pergi, abah selalu ingat kan ros. Harap ros menjadi menantu yang baik, dan abah jangan lupa beli lagi untuk ros ya..

wassalam


Rasanya belum terlambat untuk ros mengupdatekan my short vacation at my blog. Emm..,Mungkin sudah malas untuk writing this entry dan juga dalam perasaan yang agak frust. Bukan frust putus cinta, bukan frust terbatal puasa dan bukan juga frust sebab apa yang diidamkan tak dapat (tak mengidam apa pun..). Dengarlah rintihan ros ini.

Honestly readers, I am writing in BM pun ada sebab tersendiri, walau pun my BM bukannya terror sangat, jangan terperanjat kalau ada perkataan yang anda tak pernah dengar nanti. And, when I say my BM is not that good doesnt mean my Englih is impeccable! Well, ros tulis/cakap omputeh pun berterabur....janji anda faham maksud yang nak disampaikan..LOL.

Kembali kepada cerita my short vacation..., Acctually tak jauh ros pergi bercuti hanya di Legend Water Chalet, Port Dickson, 45 minute dari kuala lumpur. Percutian ini telah lama kami rancang tetapi asyik tertangguh sahaja kerana jadual kerja hubby yang tak menentu. Kami sepakat memilih cuti sekolah kerana hanya waktu itu saja my hubby agak kelapangan. Sibuk kalah kan menteri...;).

Pada tarikh tu, kami sampai di PD agak lewat sedikit kerana pagi tu ros dan my hubby ada urusan dengan Lembaga Hasil dalam Negeri. Cuak jugak jika tiada bilik untuk kami tapi oleh kerana ros dah booking awal, tak menjadi masalah pada kami untuk mendapatkan bilik.

Pada pukul 4 petang baru ros check-in...ok lah tu kan tak lah lewat sangat.
Sebenarnya bukan apa, anak-anak tak sabar hendak memancing ikan dan ketam di
Water Chalet yang kami tinggal. Bersemangat betul anak-anak ros kali ini. Sampai saja di bilik mereka terus mengcampakkan mata kail dan perangkap ketam. Actually not my kids yang excited, ibu mereka lagi lah...tak sabar nak tengok ikan pada mata kail. Tapi ikan di sini bukan besar sangat pun..sebesar tapak tangan ros. Tak apalah ...janji dpat IKAN.


bilik hotel kami



Ros,Nordin and my kids...

Seronok berendam dalam air panas ni....

Ada gaya seorang pemancing ikan tak...bukan ikan yang dapat tau tetapi ketam. Kemana lah agak hilangnya ikan-ikan di laut pada hari ni. Rasanya jumlah tangkapan pada kali ini agak kurang daripada tahun lepas.


Entah mengapa ya pada hari tu, ikan banyak tapi ros masih tak dapat ikan lagi..
malangnya nasib dan bosan sangat, geram tengok ikan-ikan kat bawah laut tu.
Macam takut jer dengan kehadiran ros dan keluarga di sini .
Selama tiga hari di sini kami cuma dapat 10 ekor ketam dan beberapa ekor ikan.

Bersantai di malam hari di lagun yang di sediakan...cuma bersebelahan dengan bilik kami. Waktu beginilah ramai pengunjung chalet yang mempamerkan kebolehan memancing.
Anak ros, Fauzan selalu mendapat perhatian para pengunjung dan sering mendapat
sorakkan kerana kerap mendapat tangkapan..iaitu ketam.

Tahniah fauzan...semangat sungguh dia memancing.


Water chalet PD ini merupakan kunjungan ros untuk kali kedua dan mungkin akan menjadi cuti tahunan kami. Damai bila berada di sini..dengan hembusan angin pantai yg nyaman dan pukulan ombak yang mengasyikkan. Ros suka dengan suasana pantai...ya dari dulu memang ros suka berada di tepian pantai.Water Chalet PD..tunggu kehadiran kami lagi..

Wassalam


Semangat sungguh ros pada hari ni pukul 7.13 pagi dah sampai office,
ingatkan orang pertama sampai..(matilah perasan). Kami di Ranhill masuk kerja
pukul 7.00 pagi dan balik pukul 5.00 petang. Yang bagusnya pada hari jumaat kami
masuk pukul 8.00 pagi dan balik pada pukul 12.00 tengahari.
.best..best..byk perkara boleh buat.

Tapi pada bulan puasa ni waktu kerja kami di pendek kan...balik pada pukul 4.00 petang.
Sampai awal Ros tak tahu nak buat apa...tido lah kejap.
Pukul 8.00 nanti baru mula kerja.

Apa ros nak buat hari ni...ros nak buat 3D jacket.....tapi last minute ada kerja
project kumang nak di buat (sikit jer). Lepas tu dah mula lah buat kerja lain-lain....
...yang tak masuk dalam list.....layan.

Semangat ku hilang..where?
Aduhai ros......

wassalam


Monday come again...monday blues..no.., I'm not today.
Di office, all my colleagues cerita pasal SOGO sale...boleh di kira sapa yang tak pergi.
Just imagine, dalam 10 staff pipeline perempuan mungkin yang tak pergi cuma sorang...kenapa tak percaya. Dan hari ini, dari pagi sampai lah ke lunch dok bercerita
bab shopping di SOGO. Seronok kan jadi perempuan.

Lately ros dan my colleaques tak banyak kerja...bukan tak ada lansung,
ada tapi on off..job banyak tapi HOLD, kalau ada pun job yang kecil sahaja. Memang bosan tapi tak mengapa di bulan puasa ni biar lah kerja kurang..lagi pun ros baru nak berehat
setelah berhempas pulas untuk Project Kebabangan.

Kerja ros sejak akhir-akhir ni cuma baca dan delete email mana yang tak perlu...
terlalu banyak email yang masuk....sekurang-kurangnya ros ada kerja juga kan...layan.

Wassalam


Seperti yang ros kata semalam..ros akan ke SOGO lagi pada hari ini untuk membeli beberapa lagi pakaian hari raya untuk anak-anak ros. Memandangkan anak-anak ros semua lelaki so tak menjadi masalah kepada ros untuk membuat pilihan lagi pun mereka tak kisah apa yang pakaian yang ros belikan...agaknya tak ada pun tak pa. Nampak gaya macam ibu mereka pula yang very excited sgt nak bershopping ni. Ros suka pergi sorang diri kerana ros tahu ukuran size mereka dan jimat sikit masa ros...letih lah nak layan citarasa mereka.

Tengoklah apa yang ros beli.....total price ...rahsia...layan.

Baju raya Farhan


Baju raya Fahmi



Baju raya Fauzan


Perfume idaman ros...akhirnya dapat juga...thanks dear

Perfume JADORE ni dah lama ros ingin beli...tapi tak terbeli. Dulu Sewaktu transit
di DUBAI..cadang nya perfume ini lah yang ingin ros beli tapi perfume Ralph Lauren dan BVLGARI yang di sambar...kenapa ubah fikiran..,kerana di dubai harga perfume murah...rambang mata..pompuan kan...hehehe.

Demam ros dah berkurangan..tahu kenapa..sebab ..JADORE..thanks DEAR.

wassalam


Demam ros dah berkurangan cuma tinggal batok...
dan suara masih lagi belum baik sepenuhnya....:(

Hari ini ros perlu ke bank walaupun badan masih kurang sihat...ya 2,3 bank ros perlu
pergi untuk membayar ansuran rumah-rumah dan insurance anak-anak. Setelah selesai urusan bank ,ros singgahlah SOGO...masya'allah ramainya manusia...datang dari mana mereka-mereka ni. Ros tak lama di sogo kerana kepala ros pening bila tengok orang begitu ramai....ros cuma sempat membeli seluar jeans dan t-shirt untuk anak-anak.
Tak mengapa, esok ros akan datang sogo untuk sambong shopping kerana banyak
barang yang belum di beli.

Sampai rumah pukul 1 petang...ros sakit kepala, kepenatan dan tertido...

wassalam

ubat dari 2 klinik

Apa yang lakukan pada hari ini adalah tido...tido dan tido...Badan ros agak lemah sedikit dan batok masih berterusan. Selera untuk makan belum ada...Walau bagaimana pun puasa masih ros teruskan, insya'allah. Selepas sahur ros akan minum/makan ubat-ubat yang doktor beri...terutamanya ubat batok...tapi kan, selepas makan ubat-ubat tu ros akan rasa mengantok sangat.Mungkin kesan dari ubat batok....

Dan selepas subuh ros akan tido sampai pukul 11.30 pagi...bangun bersihkan diri ...tido sampai pukul 2.30 ...bangun solat zohor...lepas tu baru terfikir mengapa asyik tido jer ni...nanti badan bertambah lemah ...dan lepas tu mula lah dok fikir apa nak masak untuk buka puasa nanti...:((

Masak paling simple jer ...mee soup....boleh lah..ada selera sikit..tapikan lepas tu muntah..lepas maghrib badan ros bertambah panas. Ayah risau dan bawa pergi klinik lagi...sambung lagi MC..bila lah nak baik sakit ni...

Ros letih sangat hari ni....

Wassalam



I was still busy .Ingatkan dah habis Kumang Project, semua masalah selesai. Rupa-rupanya....still hv..ada lagi banyak perkara yang menuntut komitmen yang tinggi dari ros..(matilah perasan ya amat).

Been busy working. Meeting after meeting….after discussion with my HOD, Engineer
and Lead Designer…actually my design route pipeline form offshore
to onshore are correct after we refer previous project MLNG 3..
but how to explain with client, they accept this reason.
I don’t know how survey give the coordinate. If my design wrong,
from conceptual design dah salah…that true. I’m so disappointed..emmhh..
So, ros... keep your spirit up, fix your confidence and face it with yakin..:)

Client oh client……
why u always right.

I take medical Leave two day..demam ros bertambah panas..

Readers, Pray to me ya...cepat sembuh!

wassalam

02/09/2008
Ranhill Worley Office

Today is my first day working at ranhill Worley after almost 3 month seconded
at Twin Tower KLCC.Agak boring sedikit kerana my Desktop PC masih lagi berada di sana.
I'm back ...yes... I'm back.., I miss my working places at 16 floor.

My Colleagues Sujata forward email,We hv meeting with client (Kumang Cluster)
at 28 flr today. Alamak actually I’m not in the mood ..firstly because I hv fever
and my throat sangatlah sakit. Tapi bila fikir I'm involve this project since last year
so attended saje lah meeting tu…

Client ask me how I get the pipeline route. ….ha jawab ros…jawab.
Haiyooo pening kepala nak jawab..actually all the master I take from conceptual
Design and I assumed the drawing must be correct but Client not accept this reason....
The problem is when pipeline from offshore to Onshore tie-in the coordinate is not equal. Alamak kena study balik ni…

Demam ros bertambah panas…sepanas meeting pada hari ini
...:(


01/09/2008
Ramadan Al Mubarak

Bulan Ramadan, adalah satu-satunya bulan untuk kita dapat merasai atau menikmati pelbagai juadah terjual. Kadangkala, ros sendiri tidak pernah melihat jenis kuih-muih
yang terjual, boleh dikatakan kuih muih pelik belaka. Kreativiti tukang masak mengubah corak kuih berkenaan, boleh mengundang tarikan untuk membeli dan mencuba.
Melihatkan itu, siapa yang tidak tergoda dan iman mana tak tergugat.
Betul laa penggoda nafsu....Nafsu Makan dan kuih yang menggoda.

Alahai...bulan yang mulia ini, benar-benar menguji sejauh mana sikap seseorang itu.
Adakah dia bersikap sederhana ? Tidak tamak ? Sabar dan sebagainya.
Allah swt maha kaya dan bijaksana. Pelbagai cara untukNYA menguji UmatNYA.
Bulan Ramadan atau Bulan Fiesta ?....gitulah yang bermain di benak fikiran ini,
apabila tibanya ramadan. Ironinya, manusia yang mengaku islam tidak mahu
akui yang mereka itu ber Agama Islam. Kenapa yee....?

Bulan yang seharusnya dipenuhi dengan amalan-amalan mulia telah menjadi sebaliknya apabila lebih ramai yang penuhi dengan amalan-amalan hawa nafsu. Belanja tanpa had batasan diri....hingga kadangkala lupa diri berbelanja mewah.
Dimanakah letaknya kesederhanaan dalam diri setiap muslim ?

Terharunya lagi....muslim lupa tentang wujudnya surau atau masjid...
muslim lebih nampak bazar-bazar atau shopping complex....hairan kan ?
Bertambah hairan lagi...semua syaitan dikurung...JADI...siapakah yang hasut nafsu muslim ? Perlukah tepuk dada tanya DIRI.

Happy fasting everyone.....

Tunisia Dates

Inilah kurma yang kami beri pada setiap bulan ramadhan kepada ahli keluarga terdekat.
Ros suka kurma ni kerana rasanya tidaklah manis sangat dan ada tangkai lagi seperti
baru di petik di atas pokok. (perasan lah pulak):)

wassalam