.::mY JoUrNeY-fOoD::.

Cuba lah tengok apa yang ros makan sewaktu berada di Jakarta dan bandong. Ros suka soto jadi tak hairan lah semua jenis soto ros cuba makan...
ada yang SEDAP dan ada yang TIDAK sedap.
Boleh kata gitu....


Ini bakso....entah bakso mana pun ros dah lupa... sunda atau padang...semuanya ros rasa dan cuba. Lepas tu sakit perut. Apa ros makan ni...semua nak....perut kalau lah boleh berkata-kata,.. dia akan kata...ros cukup...berhenti makan.


Ini Bakso...ros makan dengan nasi putih dan gambar dibawah adalah minuman ros...tak balance bukan?... macam ni banyak penyakit yang datang...ros kalau pasal makan ikut suka sedap mulut jer....entahlah bila nak insaf pasal bab makan ni. Sendiri punya badan ros.....kata diri ros kepada diri sendiri...faham tak!


Memang sedaplah air ni...seven up dengan susu selalu kita minum...ni fanta dengan susu..satu kelainan bagi ros. Mungkin orang lain sudah biasa minum atau lihat tapi bagi ros ni lah perkara baru. Ros suka air ni tapi agak manis, tak berapa baik untuk kesihatan.... ros kena minum air kosong yang banyak selepas ini...kata my hubby pada ros....hehehe...:p



Ini masakkan Padang...ros memang terkejut bila sampai saje di restoran ni di hidangkan semua lauk...ros tanya dengan my hubby...bang, sapa nak makan banyak macam ni?
Tapi kami makan lauk yang tertentu saje..yang pastinya SAMBAL HIJAU pasti habis ...
siap order lagi satu. Sedap banget!!!!. Memang semua anak-anak ros suka masakan pedas..jadi lauk yang pedas tentulah yang habis dulu....kata mereka...
Ibu, nanti balik Malaysia buat ya?



Tapai dalam raga...memang ros tertarik dengan cara mereka membungkus tapi ni...
tak pernah ros jumpa cara bungkusan begini..

Ini lah tapai yang ros beli di Puncak. Jenis Ubi kuning...lain kan cara mereka membuat tapai. Tiada setitik air pun kat tapai ni, jenis tapai kering tapi lembut dan manis bila di makan. Rasanya kalau tapai ni ros buat air sedapkan...letak ais...
lupa nak bungkus balik malaysia....

0 comments: