.::wOrK::.

Banyaknya kerja hari ni....tak sedar dah waktu lunch. Tak tahu nak makan apa
tapi ros kena keluar dari office ni..bosan ler. Ingat nak jalan-jalan window shopping
kat bawah ..tempah maut ni...bahaya sungguh kerja kat bawah ada shopping mall.
Ros cuma masuk kedai jam tangan, tengok jer...
lepas tu ros bungkus KFC makan kat atas...view cantik..
rugi kalau tak tengok. Kalau makan kat bawah tak ada yang menarik pun.

Sebenarnya masih kenyang lagi..makan nasi lemak dengan ina kat Ranhill.
Dah dua hari ros parking kereta kat Ranhill..yelah pas bulanan tu sayang kalau tak guna. Lepas sarapan dengan ina ros naik Train pergi KLCC....satu station..RM1.00.
Hari isnin ari tu ros ada suruh secretary Pipeline beritahu kepada HOD yang ros
perlu kan Laptop company. Ingat waktu lunch ros nak pergi ambik kat
Ranhill tapi memandangkan ros amat keletihan dan sakit kepala kerana puasa,
ros postpone pada hari esok.
Lagi pun pada hari tu ros ada MY SWEETIE...I will go every where with you.
Sekarang MY SWEETIE tak perlu lagi ros bawa ke hulu ke hilir...
sentiasa berada di atas katil di bilik ros. Biar lah dia berehat buat sementara waktu...
dan kini ros akan menggunakan laptop office dan juga desktop....
aiyooo banyak terror lah ini orang dua computer atas meja......:p

Desktop untuk kerja dan laptop untuk Internet....LAYAN...

Mungkin kerana terlalu sibuk ros tidak sedar jam sudah menunjukkan pukul 5 petang.
Ros perlu print semua kerja-kerja hari ini untuk diberi kepada Mr.Philips.
Dan esok ros perlu siap separuh lagi kerja....boleh bayangkan bertapa kalutnya
ros hari ini dengan kerja-kerja yang bertimbun di atas meja..
Eeemmhh.. baru nak masuk 2 minggu belum 3 bulan. Tapi tak pa, ros lebih suka ada
kerja dari membazirkan waktu dengan mengelamun..nak membaca alahai..mata ros sakit
sbb lampu di sini kurang terang jadi mata ros agak merah dan pedih.Nampak
gayanya tak lama lagi ros kenalah pakai cermin mata semula.

Mungkin dalam minggu ni ros agak sibuk sedikit tapi masih dalam keadaan terkawal..,
belum ke tahap tension.

Selamat berjaya ros...U can do it!!

0 comments: