.::wOrK::.

Puasa...ya hari ni ros puasa sunat khamis. Hari isnin yang lepas pun ros puasa. Lagi pun lagi beberapa bulan kita akan berpuasa. Rasanya agak lama ros tidak puasa sunat isnin dan
khamis. Alhamdulillah akhirnya dapat juga ros laksanakan walaupun menghadapi sakit kepala berterusan.

Ros agak sibuk pada hari ini ...ya, amat sibuk menyiap kerja semalam yang ros rasa amat merumitkan ..Letih sungguh bila asyik mengadap komputer seharian tapi bila fikirkan itu adalah kerja kita maka kita seharusnya melaksana kan tanggungjawab kita sebagai perkerja dengan keikhlasan..
ya keikhlasan...

Entah mengapa ros teringat pesanan arwah ibu. Ibu kata, Adik jikalau buat sesuatu perkerjaan tu biarlah dengan penuh keikhlasan nanti rezeki yang kita di berkati oleh allah. Ros bertanya kepada ibu bagaimana agar kita boleh ikhlas? Ibu kata caranya mudah dan tidak perlu mengeluarkan belanja. Adik tumpukan fikiran dan amalan hanya untuk Allah. Berfikir bagaimana agar amal kita di terima Allah. Usah mengharap balasan daripada jasa, pujian atau keuntungan. lakukan yang terbaik, sampaikan dengan cara yang terbaik, berikan terbaik dengan hati yang terbaik...=)

Syukran Jazilan..Jasamu Dikenang IBU...



wassalam

0 comments: