.::. FARHAN SAKIT .::.


Farhan sakit...ya anak ros yang kecil ini sakit.

Pagi tadi sewaktu bersahur farhan agak berlainan. Selalunya pagi-pagi lagi farhan akan menganggu ros memasak dan meminta susu. Tapi pagi ni dia agak pendiam dan asyik merengek. Ibu..ibu adik sakit lah terdengar farhan bersuara. Ha sakit! panic sekejap. Ros berlari mendapatkannya, Sayang ..sayang sakit ...sakit kat mana ni. Kaki adik sakit lah ibu, meminta simpati dari ros. Ros cuba bangun dan berdirikan farhan tapi dia mengadu sakit dan menangis. Ros beritahu pada hubby..dia kata mungkin kaki farhan terseliuh kerana semalam waktu di kg, farhan dan abang-abangnya amat lasak.

Selepas bersahur ros urut kaki farhan pelahan-lahan. Farhan mengadu jangan di usik kaki dia...sakit lah ibu, betul juga kata farhan ros bukan nya tahu pun urut-urut ni. Hubby pula dah bersiap-siap untuk ke tempat kerja di Melaka. Begitulah rutin harian hubby tiap-taip minggu, pagi isnin akan kembali ke Melaka dan akan balik KL pada hari sabtu...penat kan.

Ros hantar farhan ke rumah babysitter dan beritahu masalah kaki farhan yang sakit.
Kata babysitter dia akan mencari tukang urut datang untuk mengurut kaki farhan.
Di tempat kerja ros asyik memikir kan farhan..farhan...farhan.
Ros takut sesuatu yang tak di ingini terjadi pada kaki dia..aduih.
Entah berapa kali ros hubungi babysitter, menanyakan bagaimana keadaan farhan.
Takut..ya ros takut farhan tak boleh jalan.

Tempat pukul 4 petang ros terus ke rumah babysitter kerana ada seorang abang (samzi)
akan melihat dan mengurut kaki farhan. Menjerit kesakitan farhan bila kakinya di usik
oleh abg samzi ...ros nak menangis bila lihat farhan memanggil ibu..ibu..tolong adik.
Aduih sedih..sedihnya. Lega ros bila abg samzi kata...tak ada masalah urut cuma ada bengkak di punggung farhan, mungkin terhentak sewaktu bermain.
Sejak kebelakangan ni memang farhan agak lasak.

Cepat sembuh ya farhan..ibu rindu..ya rindu bila farhan berlari memeluk ibu
apabila mendengar suara ibu pulang dari kerja.Yeye..ibu adik dah balik..
ibu dukung...layan!

wassalam

0 comments: