Assalamulaikum readers,

Setiap kali menjelang syawal ros akan memohon ampun dan maaf, apabila syawal menjarakkan diri, ros akan melakukan kesalahan dan kesilapan lagi. Di mana silapnya, maka kesalahan / kesilapan berulang walaupun magnitudenya mungkin
tak sama dengan yang lalu tapi ia tetap terjadi. Bukan ros tak cuba untuk memperbaiki diri, bukan ros tak hisab, hitung, jengkal af'al, harian, tapi hanya seketika kesedaran dan penyesalan singgah berlabuh dihati. Tapi ros akan tetap meneruskan peristiwa menjelang syawal ini sehingga ke satu noktah yang mungkin esok, kejap lagi..... mana tahu, sekiranya setelah mendapat kemaafan anda dan sebelum sempat ros melakukan kesalahan, kesilapan yang baru,
noktah itu tiba......................

Maka ros memohon ampun dan maaf di atas apa jua kesalahan dan kesilapan yang telah ros lakukan, maka anda berhak menanggungkan atas bahu ros kesalahan dan kesilapan tersebut atau melempar jauh ke belakang dan memulakan halaman baru...... ros pasrah.......

Selamat Meneruskan Ibadah Puasa
Selamat Menyambut Aidil Fitri
Tingkah laku dan juga bahasa,

Mohon ampun maaf 10 jari,
Andai ada memendam rasa
Terhadap ros insan yang hina ini............

Untuk Iqbal (NZ) ~ Raya balik Malaysia tak, take care ya dik.
Aida (UK) ~ Jangan sedih di pagi raya tau. Mesti rindu dengan suami dan anak2 kan.
Syazana (France) ~ Kuih raya kak ros bagi dah habis ke.
Irwan (Temerloh) ~ Kuih raya untuk kak ros mana.
Hana (SIN) ~ Ada tak duit raya untuk ros.

Ikhlas,
AdikRose dan keluarga

wassalam

2 comments:

slmt hari raya aidilfitri kak..maaf zahir dan batin.:)

September 26, 2008 at 10:04 PM  

Selamat hari raya..maaf zahir batin untuk enal dan kekasih..Balik johor bawak keta jgn laju2 ya..

September 27, 2008 at 12:02 AM