.::. KU RINDU IBU .::.


Ibu jangan tinggal kan adik Ibu,..Ibu..Ibu...ros merayu pada ibu tapi ibu terus berlalu pergi..oh tidak..tidak...aarrghh.. oh ros bermimpi rupanya. Ya allah, ros bermimpi ..ibu hadir dalam tidur ros. Mungkin Ibu rindukan doa dan bacaan yassin dari ros. Adakah ros lalai dan melupai diri mu ibu...oh tuhan. Malam tadi ros bertemu ibu dalam mimpi...rupanya ibu datang melawat ros dan keluarga. Ibu hanya senyum pada ros dan tidak berkata sepatah perkataan pun. Ros cium tangan ibu, ros peluk ibu....ros menangis kerana ros terlalu rindukan ibu... Ibu meleraikan pelukkan kerana ibu perlu pergi..ya pergi..dan entah bila ros dapat ketemu ibu lagi...ros merayu pada ibu..ibu..ibu jangan tinggal kan adik lagi. Aduih sedihnya...

Hari ini ros sedekah bacaan Yassin untuk ibu. Ros mahu ibu dengar dan mahu ibu tahu yang ros tidak pernah lupa kan ibu. Ibu dengar lah rintihan adik ibu...adik terlalu rindukan ibu. Adik rindu dengan kasih sayang ibu,belaian manja dari ibu. Ibu adalah seorang ibu yang terbaik bagi ros. Ibu mithali gelaran yang ros berikan pada ibu. Ibu lah tempat ros meluahkan masalah dan juga cerita kisah suka duka perjalanan hidup ros. Ibu selalu menyokong, memberi nasihat dan membantu ros jika ros menghadapai kesulitan.
Di mana kah hendak ros cari pengganti mu ibu...tiada ibu..tiada.

Ibu, sewaktu ibu terlantar sakit, ros juga terasa tempiasnya ibu.
Begitulah rapatnya hubungan kami. Ibu sakit...ros terasa sakitnya. Bila Ibu senyum gembira..
ros turut senyum gembira seperti ibu. Masih dalam ingatan ros ibu, apabila tiba cuti semesta, kawan-kawan sibuk dengan program , tapi ros tidak turut serta kerana ros mahu sentiasa berada disisi ibu. Kakak dan abang pula sibuk dengan kuliah kerana mereka di tahun akhir dan sibuk dengan peperiksaan, jadi biar lah ros teman kan ibu. Ros mandi, pakai kan pakaian dan menyisir rambut ibu. Dan ibu minta ros sanggulkan rambut ibu yang panjang,...'adik buat sanggul rambut ibu ya'. kata-kata itu masih segar dalam ingatan ini ibu. Ibu nampak cantik jika ros siapkan ibu. Ros suapkan ibu makan dan tidor kan ibu.
Ros ingin sentiasa berada disisi ibu sentiasa kerana ros takut kehilangan Ibu..
ya..takut.

Terharu ros dan ibu, apabila kawan-kawan dan tenaga pengajar datang melawat ibu.
Mereka hairan kenapa ros menghabiskan cuti semesta di rumah. Ros rahsia kan daripada kawan-kawan yang ibu ros sakit. Mengapa ya ros merahsiakan daripada mereka...entahlah, tiada jawapan. Ros kenal kan kawan-kawan dan lecturer pada ibu. Ibu gembira waktu tu...
ros melayan saja kerenah ibu. Rupanya sewaktu ros berbual dengan ibu lecturer ros memerhatikan tingkah laku ros. Katanya pada ros' "Lembutnya bila U bercakap dengan
Ibu U ros, dan baru saya tahu siapa U". Hingga kini ros masih ingat lagi kata-kata itu..,
tapi..lemah lembut ke ros ni..oh tidak..mungkin satu kesilapan.

Penyakit ibu tidak menentu...sekejap baik, sekejap sakit. Ros puas menjaga ibu..cuti semesta ros luangkan bersama ibu. Ros cuba buat yang terbaik untuk mu ibu. Puas ros menangis bersama ibu. Tapi berita sedih ros terima, umur ibu tak panjang, ibu tinggal kami..tinggal kan ros, anak manja ibu ni. Waktu ibu hendak meninggal kami,
ibu minta maaf dengan kami adik beradik tapi mengapa ibu kelihatan sihat ketika itu. Adakah kerana allah memberi peluang kepada ibu untuk berbual dengan kami.
Yang peliknya, Ibu boleh meminta makanan kegemaran dia. Rupanya malam itu adalah hari terakhir ros bersama ibu...bila abang dan kakak beritahu ibu tengah nazak, kami semua baca surah yaasin untuk ibu dan mengajar ibu mengucap...hampir pengsan ros apabila abang dan ayah beritahu ibu dah tak tiada...pergi tinggal kami semua. Ros tak boleh terima hakikat yang ibu sudah tiada. Pakcik (adik ibu) nasihatkan ros..terimalah ketentuan tuhan dan redha lah, kita juga akan ke sana satu hari nanti.

Jenazah ibu, abang yang mandikan dan di pangku oleh anak-anak. Tercapai juga
cita-cita ibu, mahu abang mandikan dia. Sewaktu kain kapan terakhir untuk menutupi wajah ibu...ros sempat cium ibu..dan menatap wajah ibu untuk kali terakhir. Ros tak dapat menahan perasaan sedih... menangis sehinggah jenazah ibu di usung ke kereta jenazah. Solat jenazah di iman kan oleh abang. Untungkan ibu, dapat anak soleh seperti abang.
Ini semua atas didikan agama dari ibu.Syukran jazillan ibu..

Ibu mengapa ros tidak dapat menjadi ibu sebaik ibu. Ibu contoh yang terbaik tapi ros tidak dapat menjadi seperti ibu. Masih ros teringat lagi, bila malam hari ibu bangun solat tahjud, hajat bila mengetahui anak-anak ibu akan menghadapi peperiksaan dan ibu berikan kami air yang ibu bawa solat. Ibu..ros harap satu hari nanti ros berubah dan menjadi seperti ibu seorang isteri, ibu yang penuh dengan kasih sayang. Ibu...maafkan ros ibu,
maafkan dosa-dosa ros terhadap ibu. Doa ros, ibu di tempatkan dengan
orang-orang yang beriman...Amin ya rabbil alamin.

wassalam

1 comments:

Al-fatihah untuk ibu ros..

September 24, 2008 at 10:34 PM