.::. BALIK KAMPONG .::.

Balik kampung...yeyeye.. balik kampung...hati riang...;). Excitednya ros tapikan tak ada maknanya lah kan kalau setakat Sg.Pechala tu di nama kan kampung sbb berada di dalam kawasan bandar Damansara. Bila sebut kampung mesti terbayang sawah, ladang getah, kelapa sawit dan suasana yang indah/nyaman. Ini kan, Bila jiran tanya nak ke mana tu,
kita pun jawab lah dengan penuh bangga...balik kampung. Jiran tanya kat mana..
maka kita pun jawab lah... Sg. Pechala kat Damansara. Eh, kg ke tu..bukan bandar..
jiran pun pening. Ros jawab ringkas saje, dua-dua pun boleh makcik.

Seronok kan bila balik kampung ni. Lebih seronok bila kg tu dekat, tak perlu isi minyak kereta penuh, duit tol dan yg paling penting tak sakit pinggang dan penat duduk dlm kereta lama-lama. Tapi sesekali ingin juga balik kg jauh-jauh...tapi kat mana ya...layan!

Minggu ni kami mengambil keputusan ntuk berbuka puasa di kg kerana kami belum lagi berkesempatan utk berbuka di sana. Kami perlu menunggu abah yang masih berada di Jakarta. Dan kebetulan minggu ini abah ada, abah baru saja pulang dari Jakarta. Ehem..ehem...souvenir...ya sudah semesti nya ada souviner untuk ros (matilah perasan). Kalau tak ada kempunan lah, tapi kan.., Abah kalau pergi jalan pasti ada souvenir untuk ros...mari kita tengok apa yang abah belikan untuk ros..blouse 2 helai dan telekung...
cantik sgt, Sweet warna blouse ni , pandai abah pilih.

blouse hadiah dari my father in law.....terima kasih abah.


Telekung sulam ini juga souvenir dari abah



Terima kasih Abah kerana kemana abah pergi, abah selalu ingat kan ros. Harap ros menjadi menantu yang baik, dan abah jangan lupa beli lagi untuk ros ya..

wassalam

0 comments: