.::. SHORT VACATION .::.


Rasanya belum terlambat untuk ros mengupdatekan my short vacation at my blog. Emm..,Mungkin sudah malas untuk writing this entry dan juga dalam perasaan yang agak frust. Bukan frust putus cinta, bukan frust terbatal puasa dan bukan juga frust sebab apa yang diidamkan tak dapat (tak mengidam apa pun..). Dengarlah rintihan ros ini.

Honestly readers, I am writing in BM pun ada sebab tersendiri, walau pun my BM bukannya terror sangat, jangan terperanjat kalau ada perkataan yang anda tak pernah dengar nanti. And, when I say my BM is not that good doesnt mean my Englih is impeccable! Well, ros tulis/cakap omputeh pun berterabur....janji anda faham maksud yang nak disampaikan..LOL.

Kembali kepada cerita my short vacation..., Acctually tak jauh ros pergi bercuti hanya di Legend Water Chalet, Port Dickson, 45 minute dari kuala lumpur. Percutian ini telah lama kami rancang tetapi asyik tertangguh sahaja kerana jadual kerja hubby yang tak menentu. Kami sepakat memilih cuti sekolah kerana hanya waktu itu saja my hubby agak kelapangan. Sibuk kalah kan menteri...;).

Pada tarikh tu, kami sampai di PD agak lewat sedikit kerana pagi tu ros dan my hubby ada urusan dengan Lembaga Hasil dalam Negeri. Cuak jugak jika tiada bilik untuk kami tapi oleh kerana ros dah booking awal, tak menjadi masalah pada kami untuk mendapatkan bilik.

Pada pukul 4 petang baru ros check-in...ok lah tu kan tak lah lewat sangat.
Sebenarnya bukan apa, anak-anak tak sabar hendak memancing ikan dan ketam di
Water Chalet yang kami tinggal. Bersemangat betul anak-anak ros kali ini. Sampai saja di bilik mereka terus mengcampakkan mata kail dan perangkap ketam. Actually not my kids yang excited, ibu mereka lagi lah...tak sabar nak tengok ikan pada mata kail. Tapi ikan di sini bukan besar sangat pun..sebesar tapak tangan ros. Tak apalah ...janji dpat IKAN.


bilik hotel kami



Ros,Nordin and my kids...

Seronok berendam dalam air panas ni....

Ada gaya seorang pemancing ikan tak...bukan ikan yang dapat tau tetapi ketam. Kemana lah agak hilangnya ikan-ikan di laut pada hari ni. Rasanya jumlah tangkapan pada kali ini agak kurang daripada tahun lepas.


Entah mengapa ya pada hari tu, ikan banyak tapi ros masih tak dapat ikan lagi..
malangnya nasib dan bosan sangat, geram tengok ikan-ikan kat bawah laut tu.
Macam takut jer dengan kehadiran ros dan keluarga di sini .
Selama tiga hari di sini kami cuma dapat 10 ekor ketam dan beberapa ekor ikan.

Bersantai di malam hari di lagun yang di sediakan...cuma bersebelahan dengan bilik kami. Waktu beginilah ramai pengunjung chalet yang mempamerkan kebolehan memancing.
Anak ros, Fauzan selalu mendapat perhatian para pengunjung dan sering mendapat
sorakkan kerana kerap mendapat tangkapan..iaitu ketam.

Tahniah fauzan...semangat sungguh dia memancing.


Water chalet PD ini merupakan kunjungan ros untuk kali kedua dan mungkin akan menjadi cuti tahunan kami. Damai bila berada di sini..dengan hembusan angin pantai yg nyaman dan pukulan ombak yang mengasyikkan. Ros suka dengan suasana pantai...ya dari dulu memang ros suka berada di tepian pantai.Water Chalet PD..tunggu kehadiran kami lagi..

Wassalam

0 comments: