Pejam celik, pejam celik ..masa begitu pantas selalu dan hari raya kian hampir.
Persiapan hari raya hanyalah sederhana saja, sekadar yang termampu dan tidak berlebihan. Kuih dan baju untuk hari raya sudah tersedia. Warna merah hati (maroon) menjadi tema raya pada tahun ni. Merah..I tell U. Garang kan warna tu, tapi tak apa lah biar ceria di
pagi-pagi rayakan. Dari jauh orang dah tahu itu adalah keluarga ros.
Tak apa..tak apa…ros suka.

Biskut raya pulak..emmhh tunjuk dan bayar. Ros memang tak pandai buat kuih.
Bukan tak pernah buat tapi tak pernah menjadi. Dulu waktu remaja, ros dan adik lelaki pernah buat kuih sampai pukul 2 pagi. Semangat sungguh kami waktu tu. Kami buat biskut berbentuk strawbery memang tersangat lah cantik sangat kuih tu. Warna merah dan
siap ada tangkai warna hijau lagi. Tapi nak tahu hasil nya…hahahaha..keras macam batu.
Ibu ketawa kan kami bila mendapat tahu yang yang kuih buat tak menjadi.
Ibu kata walaupun biskut tak manjadi tapi rasanya sedap, cuma ia keras saja..
ibu..ibu pandai sungguh ibu ambil hati kami yang kepenatan.

Sejak dari kes buat kuih tak jadi tu, Ros sudah serik buat kuih lagi. Bukan apa penatnya,
Ya Ampun..Eh tidak,tak serik lagi lah sekarang ni ros dah pandai sikit buat kuih..
ulang lagi..sikit..hahha. Ros pernah buat kuih raya tapi kuih yang ros suka saje..
iaitu Almond London dan Tart Nenas.

Tahun ni sama dengan tahun-tahun sebelumnya..kuih raya....tunjuk dan bayar saje.
Ros..ros bila lah nak ubah ni…layan.

Wassalam.

0 comments: