Mengemas lagi…ya mengemas lagi hari ni. Bila agaknya nak berhenti mengemas,
Hari ros buka puasa di rumah abg jadi tak perlu lah rushing ke dapur dan malam hari
Wassalam
Penatnya hari ni..apa lagi jika tidak mengemas rumah yang macam tongkang pecah ni.
Kerja memasang langsir paling ros suka..yelah kita buat sendiri kan. Ros dah lama tak buat langsir, hampir 3 tahun. Langsir tak perlu tukar selalukan bukannya orang tahu samada langsir tu baru atau tidak. Dulu kala, taip-tiap tahun ros menjahit langsir hendak kata rajin tidak lah tapi minat. Bermacam-macam design pattern yang ros boleh buat. Ros belajar dari kakak ipar yang merupakan tukang jahit baju dan langsir. Seronok sangat bila dah
Sebenarnya tak lah banyak kerja mengemas yang hendak di buat, cuma membuang habuk-habuk yang melekat di perabut, biar ada seri sikit dan bersih walau pun barang-barang lama. Tahun ni tak ada perabut baru yang perlu ros beli kerana semua masih dalam keadaan elok. Buat apa membazir duit, gunakan aje perabut yang sedia ada dan teramatlah sentimental value ni...so layan.
Wassalam.
Setiap kali menjelang syawal ros akan memohon ampun dan maaf, apabila syawal menjarakkan diri, ros akan melakukan kesalahan dan kesilapan lagi. Di mana silapnya, maka kesalahan / kesilapan berulang walaupun magnitudenya mungkin tak sama dengan yang lalu tapi ia tetap terjadi. Bukan ros tak cuba untuk memperbaiki diri, bukan ros tak hisab, hitung, jengkal af'al, harian, tapi hanya seketika kesedaran dan penyesalan singgah berlabuh dihati. Tapi ros akan tetap meneruskan peristiwa menjelang syawal ini sehingga ke satu noktah yang mungkin esok, kejap lagi..... mana tahu, sekiranya setelah mendapat kemaafan anda dan sebelum sempat ros melakukan kesalahan, kesilapan yang baru,
Maka ros memohon ampun dan maaf di atas apa jua kesalahan dan kesilapan yang telah ros lakukan, maka anda berhak menanggungkan atas bahu ros kesalahan dan kesilapan tersebut atau melempar jauh ke belakang dan memulakan halaman baru...... ros pasrah.......
Selamat Meneruskan Ibadah Puasa
Selamat Menyambut Aidil Fitri
Tingkah laku dan juga bahasa,
Mohon ampun maaf 10 jari,
Andai ada memendam rasa
Terhadap ros insan yang hina ini............
Untuk Iqbal (NZ) ~ Raya balik Malaysia tak, take care ya dik.
Ikhlas,
AdikRose dan keluarga
wassalam
Hari Raya hampir tiba, ros mengambil cuti cuma 2 hari. Tak sabar nak merasakan suasana hari raya. Yang pasti, suasana raya dulu dan sekarang amat jauh berbeza. Jika dulu, seronok terima duit raya dari Pak Cik dan Mak Cik, kini, ros pula yang terpaksa sumbangsih ikhlas duit raya untuk anak-anak buah dan anak-anak sepupu.
Jika dulu, terima duit raya 50 sen pun sudah cukup besar nilainya, kini, jika beri RM5, anak buah boleh cakap, "ehh lima ringgit aje..." aduhai anak buah ku sayang !
Jika dulu, terasa enak makan nasi impit dibungkus dengan daun kelapa. Kini, nasi impit dibungkus dengan plastik. Semua hidangan segera dan semua biskut tunjuk.
Terasa suasana yang berbeza sekali antara dahulu dan sekarang.Layan!
Pejam celik, pejam celik ..masa begitu pantas selalu dan hari raya kian hampir.
Biskut raya pulak..emmhh tunjuk dan bayar. Ros memang tak pandai buat kuih.
Sejak dari kes buat kuih tak jadi tu, Ros sudah serik buat kuih lagi. Bukan apa penatnya,
Tahun ni sama dengan tahun-tahun sebelumnya..kuih raya....tunjuk dan bayar saje.
Wassalam.
Ibu jangan tinggal kan adik Ibu,..Ibu..Ibu...ros merayu pada ibu tapi ibu terus berlalu pergi..oh tidak..tidak...aarrghh.. oh ros bermimpi rupanya. Ya allah, ros bermimpi ..ibu hadir dalam tidur ros. Mungkin Ibu rindukan doa dan bacaan yassin dari ros. Adakah ros lalai dan melupai diri mu ibu...oh tuhan. Malam tadi ros bertemu ibu dalam mimpi...rupanya ibu datang melawat ros dan keluarga. Ibu hanya senyum pada ros dan tidak berkata sepatah perkataan pun. Ros cium tangan ibu, ros peluk ibu....ros menangis kerana ros terlalu rindukan ibu... Ibu meleraikan pelukkan kerana ibu perlu pergi..ya pergi..dan entah bila ros dapat ketemu ibu lagi...ros merayu pada ibu..ibu..ibu jangan tinggal kan adik lagi. Aduih sedihnya...
Hari ini ros sedekah bacaan Yassin untuk ibu. Ros mahu ibu dengar dan mahu ibu tahu yang ros tidak pernah lupa kan ibu. Ibu dengar lah rintihan adik ibu...adik terlalu rindukan ibu. Adik rindu dengan kasih sayang ibu,belaian manja dari ibu. Ibu adalah seorang ibu yang terbaik bagi ros. Ibu mithali gelaran yang ros berikan pada ibu. Ibu lah tempat ros meluahkan masalah dan juga cerita kisah suka duka perjalanan hidup ros. Ibu selalu menyokong, memberi nasihat dan membantu ros jika ros menghadapai kesulitan.
Ibu, sewaktu ibu terlantar sakit, ros juga terasa tempiasnya ibu.
Terharu ros dan ibu, apabila kawan-kawan dan tenaga pengajar datang melawat ibu.
Penyakit ibu tidak menentu...sekejap baik, sekejap sakit. Ros puas menjaga ibu..cuti semesta ros luangkan bersama ibu. Ros cuba buat yang terbaik untuk mu ibu. Puas ros menangis bersama ibu. Tapi berita sedih ros terima, umur ibu tak panjang, ibu tinggal kami..tinggal kan ros, anak manja ibu ni. Waktu ibu hendak meninggal kami,
Jenazah ibu, abang yang mandikan dan di pangku oleh anak-anak. Tercapai juga
Ibu mengapa ros tidak dapat menjadi ibu sebaik ibu. Ibu contoh yang terbaik tapi ros tidak dapat menjadi seperti ibu. Masih ros teringat lagi, bila malam hari ibu bangun solat tahjud, hajat bila mengetahui anak-anak ibu akan menghadapi peperiksaan dan ibu berikan kami air yang ibu bawa solat. Ibu..ros harap satu hari nanti ros berubah dan menjadi seperti ibu seorang isteri, ibu yang penuh dengan kasih sayang. Ibu...maafkan ros ibu,
wassalam
Adik…merupakan nama panggilan ros di rumah sejak dari kecil lagi. Selalunya orang beranggapan orang yang di panggil adik merupakan anak yang paling akhir atau bongsu
Nama Rose pula, adalah nama panggilan dari rakan-rakan. Selain dari nama adik dan ros, ada juga orang yang memanggil dengan panggilan Nea…tapi ramai yang tak tahu dan boleh di kira orang yang memanggil nama Nea. Lagi pun ros jarang menggunakan kata nama diri Nea. Tak glamour kan nama tu..hahaha.
AdikRose.blogspot…merupakan gabungan nama dari panggilan keluarga dan rakan-rakan.
wassalam
Batu berbentuk telur ini menjadi rebutan anak-anak sejak ros membawa pulang dari office. Ianya hanya sebesar tapak tangan ros. Sewaktu farhan sakit kaki, ros telah mengurut kaki farhan dengan batu marble ini. Tak tahu lah kesan nya mujarab atau tidak...tapi sejak ada batu berbentuk telur ini di rumah ramai pulak yang sakit minta di urut...aduih...
Hanya seketul batu marble berbentuk telur ini ianya mampu mengeratkan lagi ukhuwah silatulrahim kami sekeluarga ...siapa yang ingin mencuba...silakan.
wassalam..
Pagi tadi sewaktu bersahur farhan agak berlainan. Selalunya pagi-pagi lagi farhan akan menganggu ros memasak dan meminta susu. Tapi pagi ni dia agak pendiam dan asyik merengek. Ibu..ibu adik sakit lah terdengar farhan bersuara. Ha sakit! panic sekejap. Ros berlari mendapatkannya, Sayang ..sayang sakit ...sakit kat mana ni. Kaki adik sakit lah ibu, meminta simpati dari ros. Ros cuba bangun dan berdirikan farhan tapi dia mengadu sakit dan menangis. Ros beritahu pada hubby..dia kata mungkin kaki farhan terseliuh kerana semalam waktu di kg, farhan dan abang-abangnya amat lasak.
Selepas bersahur ros urut kaki farhan pelahan-lahan. Farhan mengadu jangan di usik kaki dia...sakit lah ibu, betul juga kata farhan ros bukan nya tahu pun urut-urut ni. Hubby pula dah bersiap-siap untuk ke tempat kerja di Melaka. Begitulah rutin harian hubby tiap-taip minggu, pagi isnin akan kembali ke Melaka dan akan balik KL pada hari sabtu...penat kan.
Ros hantar farhan ke rumah babysitter dan beritahu masalah kaki farhan yang sakit.
Tempat pukul 4 petang ros terus ke rumah babysitter kerana ada seorang abang (samzi)
Cepat sembuh ya farhan..ibu rindu..ya rindu bila farhan berlari memeluk ibu
wassalam
Seronok kan bila balik kampung ni. Lebih seronok bila kg tu dekat, tak perlu isi minyak kereta penuh, duit tol dan yg paling penting tak sakit pinggang dan penat duduk dlm kereta lama-lama. Tapi sesekali ingin juga balik kg jauh-jauh...tapi kat mana ya...layan!
Minggu ni kami mengambil keputusan ntuk berbuka puasa di kg kerana kami belum lagi berkesempatan utk berbuka di sana. Kami perlu menunggu abah yang masih berada di Jakarta. Dan kebetulan minggu ini abah ada, abah baru saja pulang dari Jakarta. Ehem..ehem...souvenir...ya sudah semesti nya ada souviner untuk ros (matilah perasan). Kalau tak ada kempunan lah, tapi kan.., Abah kalau pergi jalan pasti ada souvenir untuk ros...mari kita tengok apa yang abah belikan untuk ros..blouse 2 helai dan telekung...
Telekung sulam ini juga souvenir dari abah
Terima kasih Abah kerana kemana abah pergi, abah selalu ingat kan ros. Harap ros menjadi menantu yang baik, dan abah jangan lupa beli lagi untuk ros ya..
wassalam
Rasanya belum terlambat untuk ros mengupdatekan my short vacation at my blog. Emm..,Mungkin sudah malas untuk writing this entry dan juga dalam perasaan yang agak frust. Bukan frust putus cinta, bukan frust terbatal puasa dan bukan juga frust sebab apa yang diidamkan tak dapat (tak mengidam apa pun..). Dengarlah rintihan ros ini.
Honestly readers, I am writing in BM pun ada sebab tersendiri, walau pun my BM bukannya terror sangat, jangan terperanjat kalau ada perkataan yang anda tak pernah dengar nanti. And, when I say my BM is not that good doesnt mean my Englih is impeccable! Well, ros tulis/cakap omputeh pun berterabur....janji anda faham maksud yang nak disampaikan..LOL.
Kembali kepada cerita my short vacation..., Acctually tak jauh ros pergi bercuti hanya di Legend Water Chalet, Port Dickson, 45 minute dari kuala lumpur. Percutian ini telah lama kami rancang tetapi asyik tertangguh sahaja kerana jadual kerja hubby yang tak menentu. Kami sepakat memilih cuti sekolah kerana hanya waktu itu saja my hubby agak kelapangan. Sibuk kalah kan menteri...;).
Pada tarikh tu, kami sampai di PD agak lewat sedikit kerana pagi tu ros dan my hubby ada urusan dengan Lembaga Hasil dalam Negeri. Cuak jugak jika tiada bilik untuk kami tapi oleh kerana ros dah booking awal, tak menjadi masalah pada kami untuk mendapatkan bilik.
Pada pukul 4 petang baru ros check-in...ok lah tu kan tak lah lewat sangat.
Sebenarnya bukan apa, anak-anak tak sabar hendak memancing ikan dan ketam di
Water Chalet yang kami tinggal. Bersemangat betul anak-anak ros kali ini. Sampai saja di bilik mereka terus mengcampakkan mata kail dan perangkap ketam. Actually not my kids yang excited, ibu mereka lagi lah...tak sabar nak tengok ikan pada mata kail. Tapi ikan di sini bukan besar sangat pun..sebesar tapak tangan ros. Tak apalah ...janji dpat IKAN.
bilik hotel kami
Ros,Nordin and my kids...
Seronok berendam dalam air panas ni....
Ada gaya seorang pemancing ikan tak...bukan ikan yang dapat tau tetapi ketam. Kemana lah agak hilangnya ikan-ikan di laut pada hari ni. Rasanya jumlah tangkapan pada kali ini agak kurang daripada tahun lepas.
Entah mengapa ya pada hari tu, ikan banyak tapi ros masih tak dapat ikan lagi..
malangnya nasib dan bosan sangat, geram tengok ikan-ikan kat bawah laut tu.
Macam takut jer dengan kehadiran ros dan keluarga di sini .
Selama tiga hari di sini kami cuma dapat 10 ekor ketam dan beberapa ekor ikan.
Bersantai di malam hari di lagun yang di sediakan...cuma bersebelahan dengan bilik kami. Waktu beginilah ramai pengunjung chalet yang mempamerkan kebolehan memancing.
Anak ros, Fauzan selalu mendapat perhatian para pengunjung dan sering mendapat sorakkan kerana kerap mendapat tangkapan..iaitu ketam.
Tahniah fauzan...semangat sungguh dia memancing.
Water chalet PD ini merupakan kunjungan ros untuk kali kedua dan mungkin akan menjadi cuti tahunan kami. Damai bila berada di sini..dengan hembusan angin pantai yg nyaman dan pukulan ombak yang mengasyikkan. Ros suka dengan suasana pantai...ya dari dulu memang ros suka berada di tepian pantai.Water Chalet PD..tunggu kehadiran kami lagi..
Wassalam
Apa ros nak buat hari ni...ros nak buat 3D jacket.....tapi last minute ada kerja
Semangat ku hilang..where?
wassalam
Monday come again...monday blues..no.., I'm not today.
Lately ros dan my colleaques tak banyak kerja...bukan tak ada lansung,
Kerja ros sejak akhir-akhir ni cuma baca dan delete email mana yang tak perlu...
Wassalam
Seperti yang ros kata semalam..ros akan ke SOGO lagi pada hari ini untuk membeli beberapa lagi pakaian hari raya untuk anak-anak ros. Memandangkan anak-anak ros semua lelaki so tak menjadi masalah kepada ros untuk membuat pilihan lagi pun mereka tak kisah apa yang pakaian yang ros belikan...agaknya tak ada pun tak pa. Nampak gaya macam ibu mereka pula yang very excited sgt nak bershopping ni. Ros suka pergi sorang diri kerana ros tahu ukuran size mereka dan jimat sikit masa ros...letih lah nak layan citarasa mereka.
Tengoklah apa yang ros beli.....total price ...rahsia...layan.
Baju raya Farhan
Perfume JADORE ni dah lama ros ingin beli...tapi tak terbeli. Dulu Sewaktu transit di DUBAI..cadang nya perfume ini lah yang ingin ros beli tapi perfume Ralph Lauren dan BVLGARI yang di sambar...kenapa ubah fikiran..,kerana di dubai harga perfume murah...rambang mata..pompuan kan...hehehe.
Demam ros dah berkurangan..tahu kenapa..sebab ..JADORE..thanks DEAR.
wassalam
Hari ini ros perlu ke bank walaupun badan masih kurang sihat...ya 2,3 bank ros perlu
Sampai rumah pukul 1 petang...ros sakit kepala, kepenatan dan tertido...
wassalam
I was still busy .Ingatkan dah habis Kumang Project, semua masalah selesai. Rupa-rupanya....still hv..ada lagi banyak perkara yang menuntut komitmen yang tinggi dari ros..(matilah perasan ya amat).
Been busy working. Meeting after meeting….after discussion with my HOD, Engineer
So, ros... keep your spirit up, fix your confidence and face it with yakin..:)
Client oh client……why u always right.
I take medical Leave two day..demam ros bertambah panas..
Readers, Pray to me ya...cepat sembuh!
wassalam
Ranhill Worley Office
Today is my first day working at ranhill Worley after almost 3 month seconded
My Colleagues Sujata forward email,We hv meeting with client (Kumang Cluster)
Client ask me how I get the pipeline route. ….ha jawab ros…jawab.
Demam ros bertambah panas…sepanas meeting pada hari ini ...:(
01/09/2008
Bulan Ramadan, adalah satu-satunya bulan untuk kita dapat merasai atau menikmati pelbagai juadah terjual. Kadangkala, ros sendiri tidak pernah melihat jenis kuih-muih
Melihatkan itu, siapa yang tidak tergoda dan iman mana tak tergugat.
Alahai...bulan yang mulia ini, benar-benar menguji sejauh mana sikap seseorang itu.
Bulan Ramadan atau Bulan Fiesta ?....gitulah yang bermain di benak fikiran ini,
Bulan yang seharusnya dipenuhi dengan amalan-amalan mulia telah menjadi sebaliknya apabila lebih ramai yang penuhi dengan amalan-amalan hawa nafsu. Belanja tanpa had batasan diri....hingga kadangkala lupa diri berbelanja mewah.
Terharunya lagi....muslim lupa tentang wujudnya surau atau masjid...
Happy fasting everyone.....
Inilah kurma yang kami beri pada setiap bulan ramadhan kepada ahli keluarga terdekat.
wassalam