.::. TO BE PERFECT .::.



Malasnya untuk memulakan perkerjaan di pejabat. Mungkin keletihan kerana menjaga fauzan yang sakit. Alhamdulillah hari ini fauzan hadir ke sekolah walaupun keadaan kesihatan yang masih belum baik sepenuhnya.

Malam tadi fauzan merajok ..emmhh merajok kerana ros tidak mahu membeli bubur nasi MacD yang dia pesan. Kata ros padanya..kita tak perlu beli lah, ibu boikot MacD Restoran., apa kata ibu masak saje pasti sedap dari bubur nasi MacD. Pada mulanya memang fauzan marah tapi bila melihat ros bersungguh-sungguh memasak di dapur dari marah, tukar kepada membantu memasak. Alaihai anak-anak,...penatnya melayan kerenah kalian.

Setelah selesai urusan di dapur lagi satu kerja yang perlu ros pantau..homework anak2. Sebelum masuk tidur ros pastikan mereka selesaikan kerja-kerja sekolah yang cikgu beri atau ulang kaji mata pelajaran yang cikgu ajar. Nampaknya tahun ini ros perlu beri tumpuan pada anak2, takut mereka leka..ya leka....seperti ros yang masih leka dengan keduniaan...sedangkan usia ros kian meningkat.

Wassalam

0 comments: