.::. FAUZAN MC .::.


Semalam, setelah usai solat magrib ros membawa fauzan ke kelinik lagi. Ros tengok
badan nya masih panas lagi dan keadaan nya yang lemah. Balik dari kelinik ros buatkan
bubur nasi...alhamdullilah banyak juga fauzan makan. Lepas makan ubat,
ros suruh fauzan solat dan tidur awal.

Bangun pagi ros terus mendapatkan fauzan dan lihat keadaannya. Alhamdullilah panas
badan sudah berkurangan cuma katanya badan nya masih lemah lagi. Ros suruh dia berehat
saje di rumah tak perlu lagi ke sekolah dan doktor pun ada memberi cuti sakit.
Fahmi merungut kepada ros..mengapa angah tu tak pergi sekolah,
lamanya dia sakit. Mungkin perasaan cemburu fahmi kepada fauzan kerana
kata fahmi pada ros...Ibu, kita kalau sakit cuma satu hari aje kenapa angah tu lama..,
manja sangat kot. Hahaha...kata-kata fahmi membuat ros ketawa di pagi hari.

Sebelum pergi kerja ros pesan pada fauzan jangan lupa makan ubat dan
kalau boleh ulangkaji pelajaran kerana sudah 3 hari tidak ke sekolah byk pelajaran yang tertinggal. Ibu doa kan agar fauzan cepat sembuh dan kembali ceria..


"cepat sembuh ya Fauzan"

wassalam



0 comments: