Selamat Hari Raya untuk semua readers dari kami sekeluarga.
Mungkin banyak yang ros ingin ceritakan di dalam blog kali ini . Oleh kerana terlalu sibuk dengan persiapan hari raya, Ros tak sempat untuk melayari internet di rumah kerana
Selepas asar, Ros, hubby dan anak-anak pergi ke kubur Ibu di Bukit Indah, Ampang.
Waktu berbuka puasa, ros sediakan makanan yang ros masak petang tadi. Mari lah lihat hidangan yang ros sediakan ni. Tak banyak jenis lauk yang ros masak kerana esok pagi, selepas solat sunat hari raya kami akan ke rumah Ibubapa Hubby di Damansara. Kami akan mengunjungi rumah saudara-mara Hubby pada hari raya pertama dan pada malam nya kami terpaksa balik semula ke ampang kerana my sister dari johor tiba.
mengemas rumah...penatnya!!
Raya ke Dua
Pagi lagi kami dah bersiap untuk mengunjungi saudara-mara ros. Kami pergi konvoi 3 buah kereta. My sister, Ros dan Adik…abang tak dapat turut serta kerana masih di kampung isteri di klang. My hubby dah mula puasa enam. Ros masih belum lagi kerana ingin beraya dulu. Tak tahan lah tengok makanan dan lauk pauk yang sedap.
Dari pukul 10 pagi kami keluar sampai pukul 11 malam kami tiba di rumah. Bayang kan bertapa banyak nya rumah yang kami singgah rasanya lebih kurang 13 buah rumah kami kunjung. Ikut kan masih banyak lagi rumah sepupu yang tak sampai. Ros sakit perut malam tu, mana tak nya semua rumah ros singgah ros makan..hehehe...betul lah orang kata sebulan puasa boleh kurus badan tapi bila satu syawal makan umpama sebulan punya makan…macam mana tu.
rumah my cousin, ros suka design rumah ni
Raya ke tiga
Penat semlm masih ada lagi dan kami mengambil keputusan untuk mengunjungi rumah nenek saudara dan sepupu selepas solat jumaat. Hari ni tak banyak rumah yang kami pergi dalam 6 buah rumah. Kami sampai rumah dalam pukul 6.30 petang. Ros menyediakan lauk untuk hubby yang berpuasa enam.
Pada sebelah malam ramai saudara-mara menyerang rumah. Ya ampun ramai nya. Ros sempat menyediakan mee goreng basah untuk mereka. Dalam 4 peket mee ros masak. Sedap atau tidak belakang cerita tapi yang pastinya…licin.
Dalam pukul 11 ros dah masuk tido…kepenatan.
Raya ke empat
My sister nak balik johor pada petang ni. Kami sepakat untuk ke rumah MY adik untuk makan tenghari. My adik tinggal di Hulu Langat. Dia memang terror bab masak memasak ni. Semua masakan dia sediakan..isteri dia cuma tolong mana yg perlu saja. My adik masak lemak cili padi pucuk ubi, telur asin, ayam goreng , sambal hijau, soto ayam dan air cendol buatan sendiri. Sedap ayam goreng berempah dia...siap tapau lagi utk my hubby yang masih berpuasa sunat enam.
Rumah My abang pula kami pergi pada sebelah petang…tak jauh dekat jer. My abang tinggal di Taman Permai Jaya..driving tak sampai pun 3 minit. Mereka hidangkan nasi goreng kampong ayam goreng, kuah kacang dan nasi impit. My hubby tak ikut sebab anak ros yang kecil tidur. MY sister terus balik Johor kerana akan singgah ke kampung MY abg ipar.
Begitulah rutin harian kami sekeluarga tiap-tiap tahun pada hari raya. Hari Keempat atau kelima baru ros ada di rumah. Itu pun tak semua rumah sepupu dan saudara-mara sebelah Ibu yang dapat kami kunjungi. Cuma keluarga sebelah ayah saja yang agak jauh untuk kami kunjungi. Mungkin satu hari nanti kami berkesempatan untuk berhari raya di singapura..tunggu lah kehadiran kami nanti ya...insya'allah.
wasalam
0 comments:
Post a Comment