.::. KENANGAN .::.

Buat mu yang jauh di perantauan..,

Semalam tetap pergi. Hari ini juga akan pergi. Esok pasti datang Yang pergi belum
tentu kembali. Dan adakalanya yang pergi tak mungkin datang lagi. Begitu juga dengan pertemuan. Pertemuan pasti ada perpisahan. Jadi jangan terlalu menyalahkan perpisahan kerana kita tidak pernah menjemput pertemuan. Namun pertemuan tetap datang,
memberi pelbagai detik rasa. Andainya perpisahan itu menjemput, namun utk melepaskannya ibarat melenyapkan satu kerinduan. Bukan mudah utk melenyapkan
seseorang yg pernah singgah dalam kenangan kita. Tak mungkin dapat dihilangkan dari
kotak kenangan kecuali lah jika ditakdirkan hilang ingatan.

Biarpun masa tetap berlalu, namun kenangan itu tidak akan luput.
Sesekali kenangan itu akan menjengah dan menyapa, biarpun sekadar berlalu seperti hembusan bayu, kerana kenangan sebenarnya milik abadi sebuah minda. Bila kita terlintas difikiran mengingati seseorang, pasti kenangan itu muncul semula.
Kenangan juga mencetuskan rasa rindu.

Manifestasi rindu bermula dari perasaan rasa yg lahir dalam jiwa, yg datang bersama kenangan, menyapa tapi tidak mampu diluahkan dgn kata-kata. Hadirnya akan mengetuk ruang waktu, biarpun dikala itu diri dalam kesebokan. Lantas kenangan itu dijemput masuk ke ruang tetamu rindu walaupun tidak kelihatan, biarpun umpama bayang yg jauh.
Jangan pisahkan rindu dgn kenangan kerana hadirnya biarpun tidak diundang, namun kedatangannya bisa membuat seseorang itu menitiskan air mata..

Love is not to forget but to forgive,
not to see but understand,
not to heat but to listen,
not to let go but to hold on,
Love begins with a smile,
grows with a kiss and ends with a tear.

wassalam

0 comments: