.::. KELIRU .::.

Mengapa sejak dua menjak ni, fikiran ros rasa tak tenteram je. Asyik melayang-layang
entah kemana arahnya. Kekadang tak sedar, yang detik tu dah berlalu tapi masih
tercari-cari.Hati pun sesekali datang rindu. Rindu pada siapa?? Mungkin pada insan
sekeliling yang jarang sekali bertemu, atau pada teman seperjuangan yang jarang berbual, atau pada insan-insan yang dikenali namun jarang bertanya khabar. Betul la kata orang
'rindu tak pernah bertepi',selalu datang walaupun tak pernah diundang..
selalu datang bila keseorangan.

Banyak sangat aktiviti yang tertangguh. Selalu je bagi alasan untuk siapkan.
Kenapa macam ni? Perasaan ni sukar diramal. Hari ini terasa ok, semalam rasa ingin menangis. Entah apa pula dengan esok. Masih belum terurai, apa sebenarnya yang
tersekat kat minda ni. Masih belum terjawab,apa sebenarnya yang dicari.

Di saat macam ni, hati ini inginkan seseorang yang sudi mendengar.
Isshh..Apa lah nak menyusahkan mereka, yang juga punya tanggungjawab.
Tapi selalu begini, bila kita perlukan sesuatu yg penting ketika terdesak,
kita tak punya sesiapa untuk membantu.

Kenapa ni????????

wassalam

0 comments: