.::. bISaKaH .::.


Bisakah yang benci disayangi,
Bisakah yang dusta dimaafi,
Walauku himpunkan sesalku,
Bisakah terbuka kalbu.
( Petikan lirik BISAKAH – Siti Nurhaliza )


Kengkadang memaafkan seorang musuh lebih mudah dari memaafkan teman, keluarga, atau orang tersayang.Beberapa teman dan keluarga terdekat pernah bertanyakan soalan ini pada ros…BISAKAH?????.....

Pada ketika itu ros lebih suka berdiam atau menjawap seringkas mungkin.
Bukan hipokrit tapi banyak hati perlu dijaga. Mungkin nanti jawapan ros akan
mengguris mana-mana pihak atau menimbulkan lebih banyak persoalan lain.
Jadi ini luahan hati sebenar ros…..

Ros bukan orang yang rumit jadi untuk memaafkan seseorang adalah perkara
mudah bagi ros. Teori ros senang saja, kalau ros sendiri kadang-kadang tidak dapat
lari dari melakukan kesilapan kenapa nak harapkan yang sebaliknya?
Jadi bila terjadinya beberapa perkara yang menyakitkan hati,
ros suka meletakkan diri ros tempat orang yang melakukan kesilapan.
Mungkin kesilapan itu tidak disengajakan atau terjadi tanpa kerelaan hatinya juga.
Mungkin kesilapan itu dilakukan secara sengaja tapi dia benar-benar menyesal.
Mungkin dia acapkali mengulangi masalah ini tapi dia begitu
menyesal dan tidak mahu mengulanginya.
Banyak kemungkinan dan kebarangkalian yang ros fikirkan supaya perkara ini
dapat diselesaikan dan lebih banyak hati lain tidak terguris.

JAWAPAN ROS sbnrnya:-

Semua perkara BISA diatur. Namun setiap perbuatan atau kesalahan ada akibatnya.
Samada kita mahu atau tidak, kita perlu menanggung dan bertanggungjawap atas
perbuatan sendiri. Malah dalam banyak perkara yang terjadi, jujur ros katakan tiada dendam yang disimpan di hati cuma kenangan pahit itu ros jadikan pertahanan diri supaya
ia tidak lagi melukai ros dan orang-orang yang ros sayangi.
Kemaafan tidak semestikan bermaksud perkara atau hubungan akan kembali seperti asal. Mungkin juga boleh menjadi lebih baik sekiranya ia mengikut jalan yang betul dan akan menjadi sebaliknya seandaikan perkara lama berulang.

Kedang-kadang kita tidak memerlukan kemaafan, cuma buktikan dan tunjukkan
samada kita betul-betul menyesali perbuatan kita,dan kemaafan itu
akan menyusul dengan sendirinya....

wassalam

2 comments:

salam.. apa khabar...

August 11, 2008 at 10:48 PM  

Waalaikumssalam...alhamdulillah khabar baik...syukran.

August 12, 2008 at 9:06 AM