.::. mE N mYsElF .::.



CREATING A CHANCE FOR ME AND MYSELF

Bila kita membicarakan tentang peluang, ada sahaja benda yang menarik pada
pandangan ros. Satu peluang akan membolehkan seseorang itu mengubah kehidupan
atau memiliki apa sahaja yang diingininya. Satu peluang membolehkan seseorang itu meraikan cinta yang didambakannya.

Orang kata peluang ada di mana-mana. Tinggal kita sahaja yang perlu mencari
dan mengorek rahsianya. Oleh itu, ros dapatkan transkripkan bahawa peluang itu
seumpama misteri yang perlu diselesaikan. Peluang hanya akan dapat diraih
sekiranya misteri dapat diselesaikan…

Ros selalu menganggap bahawa peluang akan sentiasa datang pada diri ini.
Namun, sejak beberapa lama ros mula menyedari bahawa peluang tak akan datang
tanpa kita sendiri berusaha memberikan diri kita peluang.

Dunia ini hanya ada dua bahagian. Mereka yang berusaha mendapatkan peluang
dan mereka yang tak perlu berusaha sedikit pun, tapi sentiasa ada peluang.
Aneh bukan?...Tapi memang ada orang yang tak perlu berusaha
dan sentiasa mempunyai peluang.

Now I know that I need to work hard to get that chance...
Sometimes orang sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan peluang, biar pun
terpaksa Tapi ros masih mempunyai hati dan perasaan.

Walau bagaimanapun, ros akan berusaha mendapatkan peluang yang
ada biarpun ros tidak mempunyai semuanya......
Dan ros harus sentiasa memberikan peluang kepada diri sendiri.........

Rasanya...itu sahaja buat kali ni. And I really feel something now.

I bet most readers know what it is... :)

wassalam

0 comments: