.::sToRy::.

Kasih IBU

Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang baru
bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.
Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah
itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut
yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik
bayi tersebut berada dipangkuan.
Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar
tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu
yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.
Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih
berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek.
Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu
normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu...
Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping
telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan
menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan.
"Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu.
Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat.
Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan
menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa
cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun
si ibu terus memujuk Ayah kanak- kanak itu bertemu doktor.
"Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata
pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari
penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu...
"Anakku, kita akan menemui pakar bedah hujung minggu
ini.Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi
dia mahu dirinya dirahsiakan," kata si ayah. Pembedahan
berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia
baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan
rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.
Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup
seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada
usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.
"Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu
jasanya," kata si anak berkali-kali.
"Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara ayah
dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba."
"Bila?" tanya si anak.
"Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk.
Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.
Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di
sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut
ibunya yang kaku.
Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua
cuping telinga ibunya tiada.
"Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah
berbisik ke telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah
mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia
satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui.
Tak percaya... tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."

Ps :
Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di
hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan
dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui.

Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium
tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman
kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada
tandingannya, ingatlah SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU,
penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya
ada, curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya, 'love u
mom', i love u very-very the very muchh.. mmuuaahhsss..

" Jangan malu untuk mengeluarkan air matamu kerana ianya
menunjukan keikhlasan hati kita yang hakiki.. "

0 comments: