Hari hampir larut malam tapi ros masih tidak dapat lagi melelapkan mata.
Fikiran ros berserabut….entahlah banyak yang ros fikiran..,
ros ingin menulis tapi apa yang hendak ros tulis ya…
Waktu begini ros sering teringat zaman persekolahan.
Emmhh.. sewaktu ros remaja..di sekolah ros agak popular.
Bukan kerana bijak tapi kerana aktif dalam sukan dan persatuan.
Dan mungkin juga badi abang dan kakak ros yang merupakan
top student waktu tu…hehehe (adik dia tumpang sekaki.)
Di sekolah ros aktif dalam sukan tenis dan hoki tapi
ros lebih cenderung ke permainan tenis…tapi tak lah sampai wakil negeri.
Waktu tu ros peminat setia Adam Malik permain tenis nombor satu kat malaysia…
dia handsome kot sebab tu jadi perminat setia..boleh gitu? Kat kulit buku teks ros tampal kan gambar-gambar Adam Malik. Cikgu siap tegur lagi.
Waktu pelajaran lukisan ros suruh cikgu lukisan tu lukiskan gambar Adam Malik...
tahu tak cikgu tu kata apa..'Baik saya lukis gambar awak ros'...
betul dia lukiskan, tapi dah tak tahu simpan kat mana....
Rasanya kalau persatuan adalah dalam lima persatuan yang
ros aktif dan memegang jawatan penting. Taip-tiap minggu ada
saje aktiviti yang ros dan rakan-rakan lakukan…
seronok sangat waktu tu….enjoy ler.
Saat-saat indah yang sentiasa dalam ingatan ros.
Yang bestnya pakaian ros ke sekolah lain daripada yang lain…
baju dan tudung warna pink dan kain sarung warna putih…
alahai manis jer waktu tu…oh ya ros memegang jawatan Pustakwan.
Rasa glamour sangat waktu tu…bila orang sebut nama ros....
mereka akan kata “oh budak yang tinggal kat ampang tu ya”…alahaiiii…
Nak tahu tak, ros merupakan seorang yang amat pemalu
dan pendiam waktu di sekolah. Ramai kata ros sombong dan berlagak
tapi mereka tak kenal sapa ros. Ros suka buat hal sendiri.
Ros seorang yang jarang keluar rumah…habis waktu sekolah ros
akan terus balik rumah nak lepak-lepak kat shopping complex
memang tak berani takut dengan parents.
Nak kata baik sangat tidak lah…very naughty…percaya tak?
Nak kata baik sangat tidak lah…very naughty…percaya tak?
Rasanya tak perlu lah ros cerita panjang-panjang nanti semua
cerita ros terbongkar..takut tercerita kisah teman lelaki waktu di sekolah,
kena denda dengan cikgu, cikgu admire kat ros…
ada ker!….kena simpan juga rahsia….nak tahu…next episode ya.
Dedaaa….
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment