Terasa kekok pula untuk ros menulis kerana hampir seminggu ros menyepikan diri.Masa dan waktu tidak mengizinkan untuk ros menulis. Mungkin keadaan ros yang agak tertekan. Dah lah baru pindah dari tingkat 28 (Team Kumang Cluster) ke tingkat 16 (Pipeline Staffs), lepas tu kena seconded kat KLCC ,kerja kumang tak habis lagi ni…Aiyo jangan kat sana nanti asyik call tanya kerja Kumang sudah ler..mana satu nak buat ni. Tangan ada 2 jer. Macam ari tu pergi course tapi HP asyik berdering aje tanya pasal kerja.. Lepas habis course kena pergi office…tension betul waktu tu..baik tak payah hantar pergi course kan…4 hari course..4 hari lah orang cari kita.......hehe tapi ros datang juga sebab dah tugasan kita kan, lagi pun client tunggu…aisk..aisk..
Ada berita sedih buat ros.
Ada berita sedih buat ros.
Sebenarnya pada tarikh 01/06/08 anak sahabat ros meninggal dunia..
Zulaikha baru berumur 8 bulan. Rasanya baru saje berjumpa dengan zulaikha sekembalinya ros dari doha kerana berbincang dengan ibu zulaikha..Norsham mengenai re-union yang akan kami adakan pada 01/05/08.Zulaikha meninggal di dungun sewaktu mereka bercuti di sana. Cuma demam biasa saje tapi mungkin dah sampai waktu zulaikha,allah nak ambil nyawanya. Kita kena pasrah bukan.
Comel baby Zulaikha tu…kebetulan ros ada ambil gambar bersama zulaikha sebagai kenangan.
Dear readers…
Marilah kita bersama-sama sedekah kan “Al-Fatihah” untuk Putri Zulaikha.
Kepada sahabatku Norsham dan Sobri..
banyakkan lah bersabar dan redha dengan permergian Zulaikha.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment