.::oNe StOrY::.

PAKU DIDINDING HATIMU...


Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat
mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni Paku.
"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan
Rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang
Pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku
Pada tembok batu tersebut.
Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat
Mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari
Memukul paku menembusi tembok batu tersebut.
Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan
gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut
Kesemua paku-paku tersebut.
Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut
kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke
tembok tersebut dan berkata ;

"Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah
Kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan
kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama
seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya.
Tetapi
ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas
perbuatan mu,
namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih
dari
luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari.
Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan.
Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka
dan sentiasa membuka hatinya kepada kita" .


"Maafkan ros sekiranya ros pernah meninggalkan kesan berlubang di
Dinding hati anda."...Luv U Dear.

1 comments:

huhuhu.. touching plak bile bace cite pemuda dgn paku2 nye ni...

May 21, 2008 at 1:17 PM