Sejak dua minggu yang lepas ros sibuk menguruskan keperluan asas persekolahan anak2. Daripada buku2,beg,kasut dan pakaian semua ros uruskan. Pening jugak lah bila tengok list perbelanjaan persekolahan 3 orang anak. Jika di bandingkan zaman ros sekolah dulu tak lah sebanyak sekarang. Itu dulu 30 tahun yang lepas tak boleh nak samakan. Bila ros merungut pada anak-anak...mereka kata..itu dulu ibu, zaman dah berubah.

Hari ini memang hari yang memenatkan ros. Selesai sekolah kebangsaan...,
sebelah petang pula uruskan sekolah agama. Bolah tahan juga yuran yang perlu di bayar.... emmhh..betul kata faiz, zaman dah berubah. Kenderaan pergi dan balik dari sekolah juga ros uruskan pada hari yang sama.
Teringat ros pada zaman persekolahan dulu, kasut dan beg jarang beli, itu pun jika2 betul dah rosak atau koyak. Nak kata ros beli yang murah...tak lah jugak. Mungkin dulu barang2 yang di jual berkualiti dan kita pula pandai menjaga dengan baik. Itu pendapat ros lah...sebenarnya perkara2 begini terpulang pada diri kita sendiri...kita yang memakai dan menggunakannya. Tadi sewaktu ros menghantar anak ke kelas, terdengar kata2 seorang guru...saya tidak kisah kamu memakai kasut yang mahal atau yang murah tapi saya mahu lihat kamu semua memakai kasut yang putih dan bersih. Emmhh..., betul kata guru tu kan.

Dulu waktu zaman persekolah ros, tak ada istilah penat dan tension. Homework pun taklah banyak seperti zaman sekarang...banyak sangat..ros yang penat siapkan homework anak2..haha ibu siapkan. Dulu ros balik dari sekolah semua keperluan dah di sediakan oleh ibu dan sebelah petang boleh pergi bermain dengan rakan-rakan. Galah panjang, guli, baling selipar, kondakondi, polis entry, teng-teng, baling bola tin dan macam-macam lagi. Itu lah permainan zaman kanak-kanak ros, yang kini hampir pupus. Bila hari hampir malam baru pulang ke rumah..itu pun setelah ibu menjerit memanggil jika tidak tak ingat jalan pulang.
Setuju tak dengan ros, rasanya alam kanak-kanak lah yang paling indah...betul tak.

wassalam

0 comments: