.::. FAUZAN SAKIT .::.


Hari ini sudah 2 hari fauzan tidak ke sekolah...sakit kepala. Risau juga ros melihat keadaan fauzan sejak kebelakangan ni..asyik mengadu sakit kepala. Perasaan takut atau fobia bila anak2 sakit ni...terutama fauzan. Ada cerita di sebalik perasaan takut tu...


Peristiwa 10 tahun yang lepas, ketika itu umur fauzan hampir 2 tahun..pada ketika itu fauzan demam panas. Pada petang sabtu..fauzan minta susu kepada ros..setelah habis susu di minum, fauzan tertidur dan ros tinggal fauzan seketika untuk membasuh botol susu. Pada waktu itu hanya ros dan fauzan saje yang berada di rumah. Ayah dan hubby ke hospital melihat sepupu ros yang sakit. Tiba-tiba terdengar fauzan memanggil nama ros ,..ibu..ibu.., berlari ros mendapatkannya ...waktu itu lah tiba2 badan dia kejang dan kena sawan tarik. Ros panik, berlari ke rumah jiran meminta pertolongan. Makcik badriah terus mendapatkan fauzan dan menyuruh anak2 dia membawa air batu dan air sejuk untuk di siram kepada fauzan...ros seperti nak pitam pada ketika tu...hanya mampu menangis dan berdoa pada allah agar tiada perkara yang buruk berlaku pada fauzan.

Alhamdullilah sawan tarik fauzan berkurangan tapi badannya masih panas dan lemah. Ros dan anak jiran terus membawa fauzan ke kelinik..keadaan jalan raya waktu tu pula sesak nak sampai ke klinik mengambil waktu yang begitu lama. Di dalam kereta Ros hampir jadi orang gila kerana tiada tindakbalas dari fauzan bila ros memanggil namanya. Sampai ke kelinik ros terus saje masuk ke bilik doktor...ros tak pedulikan orang-orang sekeliling..bagi ros nyawa anak ros lebih penting. Alhamdulillah doktor faham dan mengambil fauzan dalam pelukkan ros dan serah kepada jururawat. Mereka suruh ros keluar dari bilik doktor tapi ros enggan kerana bagi ros, fauzan perlu berada di depan mata ros...akhirnya doktor menyalah dan meminta agar ros bersabar. Setengah jam kemudian terdengar fauzan memanggil ..ibu..ibu...ibu.
Pada waktu tu lah hubby ros sampai dan tanya apa terjadi pada fauzan...
ros hanya mampu menangis tanpa berkata-kata....lidah ros kelu.
Hanya kata-kata...syukur alhamdulillah fauzan selamat.

Sejak dari kejadian sawan tarik tu, ros sanggup tidak melelapkan mata jika anak2 tidak sihat. Biar lah ros berjaga dari malam hingga ke pagi....ros takut...ya takut peristiwa fauzan terjadi kepada anak2 yang lain...

Anak-anak ku..., ibu bukan lah ibu yang baik tapi ibu mahu menjadi ibu yang terbaik untuk kalian. Ibu yang penuh dengan kasih dan sayang. Kalian lah permata ibu di dalam dunia ini...
doa ibu agar kalian dapat menjadi anak yang soleh dan taat kepada orang tua....


wassalam



0 comments: