.::. mEdIcAl LeAvE .::.

ubat dari 2 klinik

Apa yang lakukan pada hari ini adalah tido...tido dan tido...Badan ros agak lemah sedikit dan batok masih berterusan. Selera untuk makan belum ada...Walau bagaimana pun puasa masih ros teruskan, insya'allah. Selepas sahur ros akan minum/makan ubat-ubat yang doktor beri...terutamanya ubat batok...tapi kan, selepas makan ubat-ubat tu ros akan rasa mengantok sangat.Mungkin kesan dari ubat batok....

Dan selepas subuh ros akan tido sampai pukul 11.30 pagi...bangun bersihkan diri ...tido sampai pukul 2.30 ...bangun solat zohor...lepas tu baru terfikir mengapa asyik tido jer ni...nanti badan bertambah lemah ...dan lepas tu mula lah dok fikir apa nak masak untuk buka puasa nanti...:((

Masak paling simple jer ...mee soup....boleh lah..ada selera sikit..tapikan lepas tu muntah..lepas maghrib badan ros bertambah panas. Ayah risau dan bawa pergi klinik lagi...sambung lagi MC..bila lah nak baik sakit ni...

Ros letih sangat hari ni....

Wassalam


0 comments: