.::. ADIKROSE BLOG .::.

DISEBALIK NAMA ADIKROSE.BLOGSPOT

Adik…merupakan nama panggilan ros di rumah sejak dari kecil lagi. Selalunya orang beranggapan orang yang di panggil adik merupakan anak yang paling akhir atau bongsu
tapi tidak untuk ros kerana ros merupakan anak yang ke tiga daripada empat adik beradik. Ros mempunyai seorang kakak,abang dan seorang adik lelaki. Ros tidak pasti mengapa keluarga memanggil ros dengan panggilan adik. Kata ibu, mungkin jarak umur ros dengan adik yang agak jauh.

Nama Rose pula, adalah nama panggilan dari rakan-rakan. Selain dari nama adik dan ros, ada juga orang yang memanggil dengan panggilan Nea…tapi ramai yang tak tahu dan boleh di kira orang yang memanggil nama Nea. Lagi pun ros jarang menggunakan kata nama diri Nea. Tak glamour kan nama tu..hahaha.

AdikRose.blogspot…merupakan gabungan nama dari panggilan keluarga dan rakan-rakan.
Oh ya, terfikir juga mengapa tidak memilih nama kak ros,makcik ros atau ros saja…
sebabnya kalau nama kak ros, rasanya dah ramai guna nama tu. Makcik Ros…alamak
terasa tua lah pulak. Nama ros…rasanya lagi lah ramai dan nama AdikRose yang menjadi pilihan ros kerana tiada orang gunakan kecuali ros yang masih terperasan macam
seperti adik lagi....aduih..layan.

wassalam

0 comments: